Ahamd Zahid Hamidi disifatkan oleh Utusan sebagai pemimpin bebal bererti bodoh dan tumpul otak. Majalah Massa pula kategorikan Zahid bukanlah seorang pemimpin politik dengan matlamat menghalalkan cara - bermakna Zahid berpotensi jadi pemimpin korup.
Dimata rakyat pula, Zahid yang banyak bercakap dari bekerja. Mula dia kutuk Singapura, kemudian senyap-senyap dia minta maaf.
Dia selalu kutuk Abu Hassan Omar kemudian dia kata ada dalang nak jatuhkan Menteri Besar itu dan berjanji nak beri nama dalang tersebut tapi sampai sekarang tiada dalang yang ada, cuma jembalang yang sudah rasuk Zahid.
Dia mengumumkan keputusan Pemuda UMNO bahawa jawatan ketua dan naib ketua tidak akan dipertandingkan pada tahun 1999. Tapi bila Utusan Malaysia kata Zahid dah bebal bererti bodoh, dia cepat-cepat menukar keputusan Pemuda bahawa jawatan ketua dan naibnya harus ditandingkan.
Yang mana satu nak ikut? nasib Zahid tidak dilantik menjadi Menteri, kalau tidak dasar kementeriannya akan sentiasa berubah dalam masa 24 jam.
No comments:
Post a Comment