1. Merupakan seorang homoseksual melalui hubungan sejenisnya dan salah seorang dari mangsa yang berani tampil berhadapan ialah bekas pemandu kepada beliau iaitu Azizan Bin Abu Bakar yang kini pemandu Mohamed Azmin Bin Ali.
2. Mempunyai hubungan sulit dengan Puan Shamsidar Tahrin iaitu isteri kepada Setiausaha Sulitnya sendiri, Mohamed Azmin Bin Ali.
3. Membuat fitnah yang mempunyai unsur jahat demi kepentingan politiknya melalui kenyataan tuduhan kepada Ummi Hafilda Bt. Ali (adik kepada Mohamed Azmin Bin Ali) bahawa si gadis tergila-gilakannya melalui surat-surat cinta yang telah dihantar kepada beliau.
4. Menganiaya Setiausah Sulitnya sendiri melalui skandalnya bersama Puan Shamsidar Tahrin tanpa pengetahuan si suami.
5. Memberikan satu tamparan hebat yakni penghinaan dan tekanan perasaan dari segi maruah kepada seluruh keluarga Mohamed Azmin Bin Ali.
6. Menyalahgunakan kuasa demi menutup segala pembohongan dan kemungkaran yang telah dilakukan.
7. Mempersendakan Islam dengan pembacaan khutbah oleh beliau di sana-sini demi memberikan gambaran imej tokoh 'Pak Sheikh' yang memperjuangkan Islam.
8. Menggugat kredibiliti kepimpinan UMNO yang menjadi tunjang negara melalui perbuatan keji, hina, aib dan rakus beliau tanpa memikirkan implikasinya kepada shasiah pembangunan ummah dan negara.
SEBAB-SEBAB LAPORAN DIKEMUKAKAN
1. Memohon budi bicara YAB Perdana Menteri untuk menyiasat setiap laporan yang dikemukakan.
2. Memohon perlindungan keselamatan bagi pihak penulis dan keluarga.
3. Menegakkan kebenaran demi kepentingan parti dan negara.
4. Mengalami tekanan emosi yang paling kritikal bagi seluruh ahli keluarga sejak kes ini diketahui.
5. Memohon YAB menyelamatkan abang kami, iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus berkhidmat dengan orang yang telah menganiaya iaitu insan munafik yang bernama Anwar Ibrahim.
6. Memohon hukuman yang setimpal sekiranya laporan yang diberikan adalah benar sebagai satu peringatan kepada pemimpin yang lain supaya tidak menyalahgunakan kuasa dengan kedudukan yang ada.
7. Menyekat sama sekali perbuatan mungkar di luar tabii manusia iaitu hubungan sejenis yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT.
LAPORAN LENGKAP PERIHAL SALAHLAKU
YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis demi menyelamatkan abanag saya iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus teraniaya maka kami adik-beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik, pertimbangan dan budi bicara YAB menerima laporan ini untuk kebaikan semua pihak.
YAB, laporan ini tidak bermotifkan sesuatu samada politik magupun peribadi tetapi ianya lebih kepada perjuangan menegakkan kebenaran.
YAB, kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Puan Shamsidar di mana beliau sering menerima panggilan misteri dari seseorang untuk tempoh yang agak lama sekurang-kurangnya setengah jam hingga kadangkala memakan masa satu setengah jam.
Kekerapan menerima panggilan talipon dalam keadaan yang mencurigakan telah menimbulkan syak wasangka kepada seluruh ahli keluarga termasuk kedua ibubapa.
BAB PEMBONGKARAN RAHSIA OLEH 'ATON' (PEMBANTU RUMAH)
Akhirnya hinggalah pada satu hari, dengan kuasa Allah si pembantu rumah bernama Aton (bekerja hampir lapan tahun dengan Azmin) telah membuka sedikit rahsia mengatakan bahawa Puan Shamsidar mempunyai seorang kekasih di kalangan orang atasan.
Bila ditanya kenapa beliau berkata begitu, Aton dengan rasa sedikit serba salah tetapi penuh tanggungjawab mengatakan kekerapan panggilan talipon itu ialah dari kekasihnya.
Apabila ditanya siapakah gerangan si lelaki, si pembantu agak keberatan tetapi setelah diminta bekerjasama akhirnya beliau memberitahu saya bahawa waktu-waktu yang selalu dipanggil ialah 6.30 petang. 8.30 malam dan kadangkala lewat 12 tengahmalam ketika si suami sedang nyenyak tidur.
Beliau meminta saya mengangkat talipon pada waktu-waktu tersebut sekiranya ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.
Akhirnya pada 9hb. Jun 1997, tepat pada waktunya 6.30 petang saya berada di rumah Azmin.
Apabila talipon berbunyi kedengaran suara seorang tokoh pemimpin yang sangat-sangat saya kenali iaitu Anwar Ibrahim dengan nada rasa cinta dan menggoda. Tetapi apabila beliau terperasan bahawa saya bukanlah wanita yang dicarinya maka beliau meletakkan talipon. Kebodohan beliau nampak jelas apabila dia memanggil semula dan inilah perbualan kami:
Anwar: I nak bercakap dengan Shida
Ummi: Siapa ni (Agak keras)
Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)
Ummi: It is Dato' Seri
Anwar: Ya, bercakap
Ummi: Sorry, I didn't recognise your voice just now (tujuan saya untuk memerangkap beliau bagi memastikan beliau adalah pemanggil yang meletakkan talipon sebelum ini. Beliau tidak menafikan)
Anwar: Hah...itulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that's why I letak phone
Ummi: Hah...apahal
Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia
Ummi: She's okay, alhamdulilah sihat
Anwar: Tak apalah thank you
Apabila gagang talipon diletakkan, maka berdetak hati saya mengesahkan gerangan si lelaki tersbeut dengan pembantu rumah. Akhirnya si pembantu rumah mengaku bahawa itulah gerangan si lelaki yang sering memanggil setiap hari.
YAB, buar makluman, Puan Shamsidar sering mengatakan kepada kami bahawa Anwar Ibrahim itu adalah kekasihnya. Tetapi ketika itu, kami menganggap guruan atau mainan. Tetapi kenyataan berbau syak wasangka timbul seperti mengatakan bahawa Afifa anak bongsunya adalah anak Anwar Ibrahim. Jauh di sudut hati kami ingin menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi.
BAB KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN PEMANDU
Sekali lagi dengan kuasa Allah, akhirnya pemandu kereta Shamsidar Taharin iaitu Azizan Abu Bakar telah datang ke pejabat saya pada 12hb. Jun 1997 dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membongkar rahsia majikannya, Shamsidar Bt. Taharin.
Perbualan kami mengambil masa dua setengah jam.
Kisah berkisar perbuatan curang Shamsidar kepada Azmin untuk tempoh yang agak lama dengan memberi kami maklumat lengkap 'modus operandi' perbuatan keji mereka yakni Anwar - Shamsidar di kondominium mewah, Trivoli Villa, Bangsar.
BAB MODUS ORERANDI ANWAR-SHAMSIDAR-DATO' NALLA
Pada kebiasaannya, sipemandu Azizan akan menurunkan Shamsidar pada setiap kali pertemuan di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex dan kereta mewah Daimler WBV 37 yang dikatakan kepunyaan Dato' Nala (Eksekutif Director Magnum Corporation) akan datang bersama beliau untuk menjemputnya di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya mereka akan menuju ke kondominium mewah di Trivoli Villa untuk tempoh dua-tiga jam. Waktunya ialah 5.30 petang dan pada kebiasaannya ialah pada hari rabu.
Alasan yang sering diberikan oleh Anwar kepada polis pengiring bahawa beliau ingin bermain tennis dengan Nalla di Bukit Kiara. Polis pengiring dilarang turut serta. Begitulah kejadian keji yang berlaku sekian lama untuk tempoh beberapa tahun tanpa pengetahuan Azmin.
Selalunya perbuatan mereka adalah dua minggu atau sebulan sekali.
BAB BUKTI REKOD PERTEMUAN
YAB, si pemandu, Azizan ada merekodkan setiap pertemuan mereka di dalam diari peribadinya dan sudi menyerahkan secara peribadi kepada YAB bagi tujuan siasatan lebih-lebih lagi untuk perbandingan dengan rekod SB yang mencatatkan setiap kali urusan keluar masuk Anwar dari kediaman rasmi.
BAB AZIZAN JADI MANGSA HOMOSEKS ANWAR
YAB, Azizan merupakan bekas pemandu peribadi kepada isteri Anwar, iaitu Datin Seri Azizah untuk tempoh 4 tahun.
Bagi beliau dia tidak mempunyai sebarang motif untuk menjatuhkan Anwar tetapi lebih kepada perasaan peribadi kasihan dan sedih kepada majikannya Mohamed Azmin Ali yang baginya terlalu baik dan percaya kepada isteri dan ketua.
Beliau telah menceritakan kepada saya bahawa tindakan beliau berhenti kerja dengan Anwar ialah kerana terasa tertekan, terlalu marah dan hina melalui pengakuan bersumpahnya yang dilampirkan.
Menurut Azizan, salah seorang lagi mangsa hubungan sejenisnya ialah Sukma yang dikenali umum sebagai adik angkat Anwar iaitu rakyat Indonesia yang mempunyai butik bernama "Ferre" di Hotel Hilton.
YAB, setelah mendapat maklumat terperinci dari pemandu yang bersih, cekap dan amanah maka kami adik-beradik telah membuat keputusan untuk menyaksikan sendiri kejadian tersebut sebagai bukti.
BAB KEJADIAN 30 JUN 1997 JAM 5.35 PETANG (ISNIN)
Saya menerima panggilan talipon pada pukul 5 petang dari Azizan bahawa satu pertemuan antara mereka yakni Anwar-Shamsidar di Bangsar Shopping Complex.
Ketika itu saya berada di Setapak dan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan pengaduan Azizan adalah benar dan sahih, maka saya berkejar ke tempat kejadian iaitu di Bangsar Shopping Complex.
Dalam perjalanan, saya sempat menalipon abang sulung, Mohd. Azman Ali untuk turut serta.
Bersama saya ialah rakan karib saya Puan Zamrah Lajis. Saya juga sempat menalipon seorang lagi rakan bernama Puan Normala untuk meminjamkan pelekat kereta Kondominium Trivoli Villa bagi tujuan masuk ke dalam Kondominium.
Dengan izin Allah, kami tiba tepat pada masanya di mana kereta Daimler WBV 37 sedang menanti. Mereka tidak perasan kehadiran kami.
Akhirnya Allah telah menunjukkan di depan mata kami Puan Shamsidar menaiki kereta tersebut menyusur ke Kondo Trivoli Villa, Bangsar.
Kami mengekori dari belakang tanpa pengetahuan mereka.
Lima saksi pada kejadian tersebut ialah Ummi Hafilda Ali, Mohd Azman Ali, Puan Zamrah Lajis, Puan Normala dan Azizan Abu Bakar.
Mereka keluar dari Kondo Trivoli Villa pada pukul 7.40 malam dan kereta Daimler menghantar semula Shamsidar ke Bangsar Shopping Complex di mana Azizan menanti di tempat yang sama.
Kami tidak keberatan memberikan laporan terperinci sekiranya diberikan peluang untuk bertemu secara peribadi dengan YAB yang cukup kami sanjungi.
Saya hampir-hampir gila bila mengenangkan seorang tokoh pemimpin yang begitu say sanjungi lebih-lebih lagi ketokohan beliau di bidang agama sanggup melakukan perbuatan yang amat keji dan hina sebagai pemimpin negara.
Mujurlah abang saya Mohd Azman menenangkan keadaan di mana beliau mengatakan terlalu bahaya untuk kami mengambil tindakan apatah lagi ketika itu bapa kepimpinan yang amat saya sanjungi iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir tiada dalam negera.
Seluruh keluarga terperanjat, sedih, tertekan, terhina oleh perbuatan keji Anwar Ibrahim. Tetapi apakan daya, kami tiada kuasa kecuali meminta pandangan dari rakan-rakan yang saya percaya seperti Puan Sri Saadah dan Puan Norziela Jalil yang akhirnya memberikan saya satu semangat untuk membongkar pembohongan dan kemungkaran terbesar di mukabumi ini.
YAB, kami tidak melaporkan kepada Mohamed Azmin kerana percaya bahawa kasih-sayang dan kesetiaannya terhadap isteri dan ketua tidak berbelah bagi. Kami juga khuatir beliau mungkin mengambil tindakan di luar jangkaan sekiranya berasa amat tertekan.
BAB UGUTAN POLIS
YAB, pada 10hb. Julai 1997, saya bercakap di talipon dangan ADC Anwar iaitu Zul Aznam pada pukul 8.15 malam dengan memberi amaran secara halus supaya kisah ini ditutup dan tidak diceritakan kepada sesiapa sahaja termasuk kedua ibu-bapa.
Beliau juga memberi amaran kedudukan Anwar yang amat penting dalam negara. Saya menangis di talipon mengenangkan bahaya yang mungkin datang dan rasa tertekan yang amat sangat apabila abang saya yang terlalu baik dianiaya oleh ketua dan isterinya sendiri.
Selepas kejadian pengintipan pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada saya untuk menutup segala kemungkarannya. Di antaranya ialah saya telah dituduh membuat fitnah melalui surat layang yang sampai kepada isterinya, Datin Seri Azizah dan kakaknya, Hajah Halijah.
Saya juga telah dituduh oleh Anwar Ibrahim bahawa saya ini (syok dekat dia melalui perbualannya dengan Datuk Seri Megat Junid) pada 2hb. Ogos 1997 di mana beliau mengatakan saya Ummi Hafilda cuba menimbulkan angkara kerana cinta saya tidak berbalas untuk tempoh dua tahun.
Beliau seolah-olah melatah akan kesalahannya sendiri. Bagi saya beliau terlalu bahaya apabila cuba menjerat saya dengan mengatakan surat-surat cinta saya ada di dalam simpanannya.
Sekali lagi saya berasa amat tertekan dengan perbuatan khianatnya kerana demi Allah saya tidak pernah mempunyai perasaan cinta keatasnya apatah lagi untuk menghantar surat cinta.
Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan dan pembohongan yang tidak dapat diterima oleh akal semata-mata untuk memberikan gambaran bahawa saya adalah wanita murahan yang menagih cinta dari seorang Timbalan Perdana Menteri.
Kejahatannya itu tidak dapat saya maafkan dunia dan akhirat, apatah lagi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara.
YAB, saya khuatir sekiranya surat cinta yang tidak pernah wujud boleh direka, beliau mungkin berupaya menangkap saya dengan kedudukan dan kuasa yang ada di atas alasan-alasan lain terutamanya dari segi tuduhan palsu dan sebagainya.
BAB ANWAR MENALIPON AZIZAN
Anwar ada menalipon Azizan pada 13hb. Julai 1997 setelah tersebarnya surat layang di mana beliau meminta Azizan memberi kerjasama untuk menafikan segala tuduhan sekiranya Azmin ingin bersemuka dengan beliau.
HARAPAN DAN BAHAN BUKTI
1. YAB, saya sempat mengambil gambar kereta Daimler WBV 37 ketika menuruni bukit Kondo Trivoli Villa.
2. Azizan, si pemandu sedia memberikan diari peribadinya yang mencatatkan setiap kali pertemuan mereka berdua bagi tujuan perbandingan rekod.
3. Kami menaruh segala harapan ke atas YAB untuk mengadakan siasatan terperinci ke atas 'balaci' utamanya iaitu Dato' Nala yang sering menjadi pemandu Daimler WBV 37 bagi setiap kali pertemuan mereka.
4. Memohon tindakan siasatan ke atas Shamsidar Taharin (perempuan simpanan Anwar Ibrahim). Buat makluman YAB, nombor talipon tangannya (Shamsidar) ialah 019-3133287 dengan menggunakan nama Cheong Moew Yen dan talipon rumahnya 03-4052020.
5. Memohon jasabaik tindakan siasatan ke atas adik angkatnya yang juga pasangan homoseksualnya yang kini mengidap penyakit misteri. Beliau mendakwa sakit bila duduk dan berjalan dalam pertemuan saya dengannya baru-baru ini iaitu pada 2hb. Ogos 1997.
6. Memohon perlindungan keselamatan dari YAB kerana saya khuatir nyawa saya terancam memandangkan sejak akhir-akhir ini perjalanan saya diekori oleh orang yang tak dikenali.
7. Saya juga memohon jasa baik YAB untuk merahsiakan laporan ini demi keselamatan kami sekeluarga. Hanya Allah dan YAB, dapat membantu kami menyelesaikan segala kemelut masalah yang terlalu kusut ini.
8. Bersama ini juga disertakan butir-butir pemilik kenderaan bernombor WBV 37 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
PANDANGAN PERIBADI
YAB, bagi saya Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri tidak layak menyandang jawatan yang begitu penting dalam negara memandangkan sekiranya kuasa dan kedudukan terus dikekalkan kemungkinan besar pelbagai perkara yang lebih hina dan menakutkan mungkin berlaku.
Jadi, sebelum wabak penyakit pemimpin yang menipu rakyat jelata dengan bertopengkan isu agama kononnya Islam yang Addin dan Nahi Mungkar haruslah ditamatkan dengan segera demi keselamatan dan maruah negara.
Beliau bolehlah diibaratkan musuh dalam selimut yang paling merbahaya melalui perilakunya mengatakan kononnya Azmin itu seperti adik sendiri dan dalam masa yang sama beliau tergamak mengadakan hubungan sulit dengan isteri Azmin.
Beliau memang seorang pelakon handalan, pelakon terhebat dekad era 90-an. Lakonannya mengkagumkan, memukau setiap mata yang menontonnya, strateginya kemas, perjalanannya licin tetapi beliau lupa bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Akhirnya doa-doa kami insan-insan teraniaya dimakbulkan Allah. Kami bersyukur kepada Ilahi yang telah memberikan jawapan kepada setiap doa kami dan inilah hasilnya laporan dikemukakan untuk tindakan susulan oleh YAB.
Segala pertolongan, pertimbangan dan kerjasama serta kasih-sayang YAB sebagai seorang Bapa Kepimpinan sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.
DAILOG-DAILOG YANG MENIMBULKAN SYAK WASANGKA
Dialog 1
Dalam satu perbualan Shamsidar dengan pembantu rumahnya.
Shamsidar: Kesian Afifa, orang jumpa papa (Anwar) hari-hari tapi Fifa jumpa papa sebulan sekali
Aton: Kalau dah tahu jumpa papa sebulan sekali, kahwinlah dengan papa
Shamsidar: Itulah yang susah ni, papa sana tua, abah sini (Azmin) muda, pening kepala
Dailog II
Apabila membuat panggilan talipon Anwar akan sering berkata seperti ini melalui pembantu rumah.
Anwar: Ton, Datin Seri ada (Shamsidar)
Dialog III
Percakapan yang sering terjadi antara anak perempuan Azmin yang sulung, Liyana (7 tahun) dengan anak keduanya Shazrin (5 tahun).
Shazrin: Mak Long, jangan cubit Fifa. Mummy kata dia anak Menteri. Anak uncle Anwar.
Norlia (Kakak Azmin): Ayen, mummy ada boyfriend tak?
Shazrin: Ada
Norlia: Siapa boyfriend mummy
Shazrin: Uncle Anwar
Norlia: Kenapa Ayen tak cakap abah, mummy ada boyfriend Uncle Anwar
Sahzrin: Mummy kata nanti abah lepuk (pukul)
Norlia: Nana, siapa boyfriend mummy?
Liyana: Uncle Anwar
Norlia: Mana Nana tahu
Liyana: Alah Mak Long ni, mummykan cakap pelan-pelan, lama-lama dengan Uncle Anwar, mestilah boyfriend dia
Perbuatan Shamsidar telah menimbulkan satu budaya negatif, di mana mengajar anak-anaknya yang tidak mengerti apa-apa melalui proses pembesaran yang bercanggah dengan nilai budaya dan agama.
Dailog IV
Melalui perbualan Shamsidar dan Ummi.
Shamsidar: Cantik tak handbag I?
Ummi: Bolehlah
Shamsidar: You nak tahu siapa bagi
Ummi: Siapa dia?
Shamsidar: Boyfriend I
Ummi: Siapa boyfriend you?
Shamsidar: Hai...Anwar Ibrahimlah
Ini adalah antara sebahagian dailog yang tidak sedap didengar dan telah menimbulkan syak wasangka kepada kami seleruh keluarga sehingga membawa kepada penyiasatan kes.
No comments:
Post a Comment