Tuesday, April 27, 2010

SURAT TERBUKA KEPADA DR. MAHATHIR

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteria
Jalan Dato' Onn
Kuala Lumpur

(Adalah menjadi kesalahan besar bagi mana-mana kakitagan JPM yang menyembunyikan surat ini daripada Datuk Seri Dr. Mahathir kerana ini adalah maklumat serta amanat penting bagi masa depan negara dan bangsa)

Assalammualaikum

Anwar Ibrahim - Baling Batu Sembunyi Tangan

Pegawai dan kakitangan harus patuh pada pemerintah terutama bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya dewasa ini Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa dimasa ini dan tidak masa yang lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tak sabar atau ini pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak bernama Dato' Sahar Sidik.

Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung cermahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Datok Seri Dr. Mahathir. Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu dengan lain.

Dia telah berkata Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkemampuan.

Lepas itu dia berkata lagi bahawa kegawatan ekonomi hari ini banyak disebabkan perangai dan tingkahlaku orang-orang UMNO yang memaksa kita semua membuat itu dan ini untuk kepentingan mereka.

Macam mana pegawai kanan ini berani benar bercakap begitu rupa di Kementerian Kewangan dan tidak di Kementerian-Kementerian lain. Adakah ini isi hati dia sendiri atau dengan restu pemimpin tertentu yang berkuasa.

Adakah Dr. Mahathir hendak berdiam diri lagi. Terlalu ramai pihak individu yang kita beri pangkat, beri kuasa dan kejayaan. Tapi tikam Dr. Mahathir dan tikam UMNO dari belakang.

Dato' Nazeri Abdullah (Berita Harian), anak kampung dari Kedah, diberi pangkat, kuasa dan kekayaan oleh UMNO, hentam Dr. Mahathir terang-terang. Melenting Dr. Mahathir dalam MKT. Semua ahli MKT setuju Nazeri disingkir.

Bila Nazeri balik dari Afrika Selatan, jumpa Dr. Mahathir terus minta maaf pada Dr. Mahathir, menangis depan Dr. Mahathir, Dr. Mahahir terus maafkan Nazeri.

Dr. Mahathir harus sedar, mereka ini pandai berlakon, macam boss mereka juga...tangisan itu adalah tangisan seakan buaya yang sedang bertapa.

Macam mana pula dengan tindakan biadap Dato' Sahar Sidik ini, tindakan biadap Dato' Johan Jaafar, Dato' Fauzi Rahman, Dato' Othman Abdul, Dato' Dr. Affifuddin Omar dan Azmin Ali serta kedua-dua Setiausaha Politik Anwar yang sungguh lantang mengutuk Dr. Mahathir.

Lihat sahaja isi kandungan majalah 'Tamadun' semuanya mengutuk Dr. Mahathir dan memuji Anwar. Nasib baik Dato' Megat sudah tidak ada lagi di KDN... kalau tidak sudah lama majalah ini digantung.

Berapa lama Dr. Mahathir nak biarkan tingklaku mereka ini. Bila datang minta maaf, dimaafkan sahaja. Mereka ini bukan sahaja barah kepada Dr. Mahathir tapi juga barah dan tokak kepada semua yang sayang pada Dr. Mahathir dan UMNO keseluruannya.

Anwar Ibrahim dan UMNO

Anwar adalah manusia yang bercita-cita besar. Cita-citanya nak jadi pemimpin besar negara. Sejarah perjuangannya terbukti, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya tercapai.

Anwar masuk UMNO bukan kerana cinta dan sayang kepada UMNO. Dia masuk UMNO kerana dia yakin UMNO sahaja boleh membawa dia untuk mencapai cita-citanya. Kalau PAS boleh menjamin untuk dia capai cita-citanya, dia akan masuk PAS. Hatta kalau Parti Komunis boleh bawa dia mencapai cita-citanya, dia akan masuk Parti Komunis.

Anwar Ibrahim - Falsafah Rasuah Dan Kepentingan Diri

Baru-baru ini Anwar menasihatkan UMNO supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini.

Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, cuma Setiausaha Sulit Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik sahaja. Lihatlah Nasaruddin, Sharit Jusoh, Othman Abdul, Salamon semua kaya. Kalau Azmin berhenti, jutawanlah dia.

Pak Ibrahim, bapa Anwar sekarang ini ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor 101. Bekas Pengerusi Inovest, Anwar bagi pula Pak Ibrahim 'Exclusive Exporter' ubat-ubat dari Malaysia ke Iraq yang bernilai RM20 juta setahun.

Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.

Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia Dato' Duta Yap. Rani kini sering berada di Golf Course, bergeser dengan ahli-ahli korporat Cina. Usung Tengku Yah (janda Mohamad Taib) senyap-senyap. Bukan orang tak nampak, Rani berpegang tangan dengan Tengku Yah, turun dari kapal terbang di Lapangan Terbang di Singapura.

Marzuki, adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Inovest, kepunyaan Dato' Wong (Tengku Wong Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, Inovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM300 satu saham. Tidak berapa lama, saham ini dijual dengan harga RM600 satu saham. Anak beranak dapat untung lebih kurang RM90 bilion.

Adik perempuan Anwar lain ibu pus sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalen Security, dimana saham bumi akan diberi kepadanya.

Dato' Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia kepada UMNO, pegawai yang dedikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Syarikat SAAG.

Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan.

Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empire perniagaan diri dan anak buahnya. Bagaimana pula Anwar?. Sudah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai disekelilingnya termasuklah Dato' Ishak Ismail, Dato' Sharit Jusoh, Dato' Nazeri Abdullah, Dato' Kamaruddin Jaafar, Dato' Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.

Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak-anak Dr. Mahathir yang menceburkan diri dalam perniagaan. Tidakkah Anwar tahu bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan. Dr. Mahathir tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.

Tidak ada satu pun projek pengswastaan yang begitu banyak diluluskan dapat kepada anak-anak Dr. Mahathir. Lupakah Anwar bahawa Dr. Mahathir juga ramai adik-beradik. Apa ada pada Pak Mahadi. Apa ada pada Pak Mashur. Hingga semua kakak Dr. Mahathir menumpang dengan beliau.

Mereka juga kutuk keluarga Dr. Asmah. Tapi ingat sikit bahawa keluarga Tok Penghulu Pak Ali memang sudah lama terlibat dengan dunia perniagaan. Siapa yang itdak kenal Tun Ismail Ali, Aziz Ali, Jaafar Ali dan Zaleha Ali. Dari zaman Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, mereka sudah terlibat dengan dunia perniagaan.

Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dam sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu, sudah berlebih-lebih. Buat Majlis Hari Raya pun mesti setaraf dengan YAB Perdana Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcos dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana harta rakyat.

Anwar Ibrahim dan Wawasan Dr. Mahathir

Anwar sungguh bijak berlakon. Depan Dr. Mahathir dia bercakap dan berlagak semacam dia tatang dan sanjung Dr. Mahathir. Macam benar-benar dia terhutang budi kepada Dr. Mahathir kerana bawa dia masuk UMNO, beri pangkat, sokong masa lawan Dato' Hj. Suhaimi dan membenarkan dia buat gerakan jatuhkan Pak Ghaffar.

Anwar belum puas hati. Anwar berjiwa besar. Pada masa ini Anwar baling batu sembunyi tangan kerana dia tahu bahawa untuk menjatuhkan Dr. Mahathir satu perkara yang mudah. Dia guna taktik dengan mengujudkan isu-isu, cerita-cerita negatif dan palsu terhadap Dr. Mahathir...walau dalam negeri dan luar negeri dimana dia berharap akan melemahkan semangat Dr. Mahathir. Berharap Dr. Mahathir merajuk. Dr. Mahathir jauh hati dan berputus asa...Akhirnya Dr. Mahathir akan berundur. Guna Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna Majalah Tamaddun, guna Asia Week, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci, maki dan memburuk-burukkan Dr. Mahathir.

Bila Dr. Mahathir lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MTEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura. Depan Dr. Mahathir setuju, belakang dia kutuk. Projek Cyberjaya dan MSC, banyak rungutan, Anwar tidak memberi kerjasama. Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr. Mahathir sudah tidak ada, Anwar ambil alih, Cyberjaya akan terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin Putra Jaya tidak akan menjadi kenyataan.

Bila Dr. Mahathir syorkan dalam MKT agar elakkan pertandingan Ketua Bahagian bulan Mac ini, Anwar tidak setuju. Ini kerana Anwar ada agenda besar yang tersendiri. Ini kerana Anwar mahu mempastikan orang-orangnya jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian bagi menyiapkan diri bagi tahun 1999.

Kita tahu dia arah Fuad Hassan lawan Zaleha Ismail, Dato' Zainal lawan Anuar Musa, Kamaruddin Jaafar lawan Mansur Salleh, Dr. Shafie lawan Dato' Fatah. Jika Timbalan Ketua Bahagian bukan orangnya, dia akan cari calonnya untuk lawan.

Masa Depan UMNO

Saya merayu sangat pada Dr. Mahathir agar termenung sejenak akan nasib UMNO bila Dr. Mahathir sudah tiada dan Anwar mengambil alih. Anwar adalah UMNO celup, bukan UMNO sejati. Anwar jadikan UMNO sebagai kuda tunggangannya ke mercu cita-citanya. Darah daging serta semangatnya tidak sebati dengan UMNO. Bukan macam Abdullah Badawi, Najib, Sanusi, Wan Mokhtar, Abu Hassan atau Shahidan Kassim yang sanggup mati kerana UMNO.

Yang sedih, Anwar dikelilingi oleh mereka-mereka yang bukan lahir sebagai ahli UMNO sejati tapi ahli UMNO celup dari ABIM atau PKPIM atau kawan-kawan lama Anwar yang melihat pelaug untuk keuntungan peribadi.

Bila Anwar berkuasa, orang-orang inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. Orang-orang UMNO jati akan diketepikan dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah. Anwar selama menjadi TPM, lebih banyak menyakiti hati kawan-kawan dari menawan hati mereka. Dia lebih banyak menyinggung perasaan kawan-kawan dan memberi perangsang dan nasikat kepada mereka.

Awnar Ibrahim sejak jadi TPM - bertukar sikap, bertukar perangai. Dia mulai sombong, mulai bongkak. Mula tunjuk belang, tidak sabar-sabar. Pandai berlakon depan Dr. Mahathir tapi dibelakang orang-orang suruhannya mencaci Dr. Mahathir dalam negeri mahupun luar negeri.

Kalau hati perut Siam itu hijau, hati Anwar lagi hijau. Kalau hati perut Yahudi itu busuk sehingga dilaknat oleh Allah SWT, hati perut Anwar lagi busuk.

Saya tulis ini semua bukan dapat untung apa-apa tapi semata-mata kasihan lihat Dr. Mahathir penat lelah bangunkan negara, tingkatkan kehidupan rakyat, bawa negara terkenal didunia, tiba-tiba akan dihancur, dilebur, ditanam oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kasihan rakyat, kasihan pejuang-pejuang UMNO yang sudah tidak ada 'telor' menahan kemaraan nafsu besar Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir jangan ingat Anwar akan menyambung Wawasan Dr. Mahathir. Menghancurkannya adalah Wawasan Anwar.

No comments:

Post a Comment