Tuesday, April 27, 2010

SURAT TERBUKA KEPADA DR. MAHATHIR

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteria
Jalan Dato' Onn
Kuala Lumpur

(Adalah menjadi kesalahan besar bagi mana-mana kakitagan JPM yang menyembunyikan surat ini daripada Datuk Seri Dr. Mahathir kerana ini adalah maklumat serta amanat penting bagi masa depan negara dan bangsa)

Assalammualaikum

Anwar Ibrahim - Baling Batu Sembunyi Tangan

Pegawai dan kakitangan harus patuh pada pemerintah terutama bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya dewasa ini Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa dimasa ini dan tidak masa yang lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tak sabar atau ini pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak bernama Dato' Sahar Sidik.

Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung cermahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Datok Seri Dr. Mahathir. Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu dengan lain.

Dia telah berkata Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkemampuan.

Lepas itu dia berkata lagi bahawa kegawatan ekonomi hari ini banyak disebabkan perangai dan tingkahlaku orang-orang UMNO yang memaksa kita semua membuat itu dan ini untuk kepentingan mereka.

Macam mana pegawai kanan ini berani benar bercakap begitu rupa di Kementerian Kewangan dan tidak di Kementerian-Kementerian lain. Adakah ini isi hati dia sendiri atau dengan restu pemimpin tertentu yang berkuasa.

Adakah Dr. Mahathir hendak berdiam diri lagi. Terlalu ramai pihak individu yang kita beri pangkat, beri kuasa dan kejayaan. Tapi tikam Dr. Mahathir dan tikam UMNO dari belakang.

Dato' Nazeri Abdullah (Berita Harian), anak kampung dari Kedah, diberi pangkat, kuasa dan kekayaan oleh UMNO, hentam Dr. Mahathir terang-terang. Melenting Dr. Mahathir dalam MKT. Semua ahli MKT setuju Nazeri disingkir.

Bila Nazeri balik dari Afrika Selatan, jumpa Dr. Mahathir terus minta maaf pada Dr. Mahathir, menangis depan Dr. Mahathir, Dr. Mahahir terus maafkan Nazeri.

Dr. Mahathir harus sedar, mereka ini pandai berlakon, macam boss mereka juga...tangisan itu adalah tangisan seakan buaya yang sedang bertapa.

Macam mana pula dengan tindakan biadap Dato' Sahar Sidik ini, tindakan biadap Dato' Johan Jaafar, Dato' Fauzi Rahman, Dato' Othman Abdul, Dato' Dr. Affifuddin Omar dan Azmin Ali serta kedua-dua Setiausaha Politik Anwar yang sungguh lantang mengutuk Dr. Mahathir.

Lihat sahaja isi kandungan majalah 'Tamadun' semuanya mengutuk Dr. Mahathir dan memuji Anwar. Nasib baik Dato' Megat sudah tidak ada lagi di KDN... kalau tidak sudah lama majalah ini digantung.

Berapa lama Dr. Mahathir nak biarkan tingklaku mereka ini. Bila datang minta maaf, dimaafkan sahaja. Mereka ini bukan sahaja barah kepada Dr. Mahathir tapi juga barah dan tokak kepada semua yang sayang pada Dr. Mahathir dan UMNO keseluruannya.

Anwar Ibrahim dan UMNO

Anwar adalah manusia yang bercita-cita besar. Cita-citanya nak jadi pemimpin besar negara. Sejarah perjuangannya terbukti, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya tercapai.

Anwar masuk UMNO bukan kerana cinta dan sayang kepada UMNO. Dia masuk UMNO kerana dia yakin UMNO sahaja boleh membawa dia untuk mencapai cita-citanya. Kalau PAS boleh menjamin untuk dia capai cita-citanya, dia akan masuk PAS. Hatta kalau Parti Komunis boleh bawa dia mencapai cita-citanya, dia akan masuk Parti Komunis.

Anwar Ibrahim - Falsafah Rasuah Dan Kepentingan Diri

Baru-baru ini Anwar menasihatkan UMNO supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini.

Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, cuma Setiausaha Sulit Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik sahaja. Lihatlah Nasaruddin, Sharit Jusoh, Othman Abdul, Salamon semua kaya. Kalau Azmin berhenti, jutawanlah dia.

Pak Ibrahim, bapa Anwar sekarang ini ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor 101. Bekas Pengerusi Inovest, Anwar bagi pula Pak Ibrahim 'Exclusive Exporter' ubat-ubat dari Malaysia ke Iraq yang bernilai RM20 juta setahun.

Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.

Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia Dato' Duta Yap. Rani kini sering berada di Golf Course, bergeser dengan ahli-ahli korporat Cina. Usung Tengku Yah (janda Mohamad Taib) senyap-senyap. Bukan orang tak nampak, Rani berpegang tangan dengan Tengku Yah, turun dari kapal terbang di Lapangan Terbang di Singapura.

Marzuki, adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Inovest, kepunyaan Dato' Wong (Tengku Wong Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, Inovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM300 satu saham. Tidak berapa lama, saham ini dijual dengan harga RM600 satu saham. Anak beranak dapat untung lebih kurang RM90 bilion.

Adik perempuan Anwar lain ibu pus sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalen Security, dimana saham bumi akan diberi kepadanya.

Dato' Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia kepada UMNO, pegawai yang dedikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Syarikat SAAG.

Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan.

Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empire perniagaan diri dan anak buahnya. Bagaimana pula Anwar?. Sudah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai disekelilingnya termasuklah Dato' Ishak Ismail, Dato' Sharit Jusoh, Dato' Nazeri Abdullah, Dato' Kamaruddin Jaafar, Dato' Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.

Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak-anak Dr. Mahathir yang menceburkan diri dalam perniagaan. Tidakkah Anwar tahu bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan. Dr. Mahathir tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.

Tidak ada satu pun projek pengswastaan yang begitu banyak diluluskan dapat kepada anak-anak Dr. Mahathir. Lupakah Anwar bahawa Dr. Mahathir juga ramai adik-beradik. Apa ada pada Pak Mahadi. Apa ada pada Pak Mashur. Hingga semua kakak Dr. Mahathir menumpang dengan beliau.

Mereka juga kutuk keluarga Dr. Asmah. Tapi ingat sikit bahawa keluarga Tok Penghulu Pak Ali memang sudah lama terlibat dengan dunia perniagaan. Siapa yang itdak kenal Tun Ismail Ali, Aziz Ali, Jaafar Ali dan Zaleha Ali. Dari zaman Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, mereka sudah terlibat dengan dunia perniagaan.

Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dam sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu, sudah berlebih-lebih. Buat Majlis Hari Raya pun mesti setaraf dengan YAB Perdana Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcos dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana harta rakyat.

Anwar Ibrahim dan Wawasan Dr. Mahathir

Anwar sungguh bijak berlakon. Depan Dr. Mahathir dia bercakap dan berlagak semacam dia tatang dan sanjung Dr. Mahathir. Macam benar-benar dia terhutang budi kepada Dr. Mahathir kerana bawa dia masuk UMNO, beri pangkat, sokong masa lawan Dato' Hj. Suhaimi dan membenarkan dia buat gerakan jatuhkan Pak Ghaffar.

Anwar belum puas hati. Anwar berjiwa besar. Pada masa ini Anwar baling batu sembunyi tangan kerana dia tahu bahawa untuk menjatuhkan Dr. Mahathir satu perkara yang mudah. Dia guna taktik dengan mengujudkan isu-isu, cerita-cerita negatif dan palsu terhadap Dr. Mahathir...walau dalam negeri dan luar negeri dimana dia berharap akan melemahkan semangat Dr. Mahathir. Berharap Dr. Mahathir merajuk. Dr. Mahathir jauh hati dan berputus asa...Akhirnya Dr. Mahathir akan berundur. Guna Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna Majalah Tamaddun, guna Asia Week, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci, maki dan memburuk-burukkan Dr. Mahathir.

Bila Dr. Mahathir lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MTEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura. Depan Dr. Mahathir setuju, belakang dia kutuk. Projek Cyberjaya dan MSC, banyak rungutan, Anwar tidak memberi kerjasama. Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr. Mahathir sudah tidak ada, Anwar ambil alih, Cyberjaya akan terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin Putra Jaya tidak akan menjadi kenyataan.

Bila Dr. Mahathir syorkan dalam MKT agar elakkan pertandingan Ketua Bahagian bulan Mac ini, Anwar tidak setuju. Ini kerana Anwar ada agenda besar yang tersendiri. Ini kerana Anwar mahu mempastikan orang-orangnya jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian bagi menyiapkan diri bagi tahun 1999.

Kita tahu dia arah Fuad Hassan lawan Zaleha Ismail, Dato' Zainal lawan Anuar Musa, Kamaruddin Jaafar lawan Mansur Salleh, Dr. Shafie lawan Dato' Fatah. Jika Timbalan Ketua Bahagian bukan orangnya, dia akan cari calonnya untuk lawan.

Masa Depan UMNO

Saya merayu sangat pada Dr. Mahathir agar termenung sejenak akan nasib UMNO bila Dr. Mahathir sudah tiada dan Anwar mengambil alih. Anwar adalah UMNO celup, bukan UMNO sejati. Anwar jadikan UMNO sebagai kuda tunggangannya ke mercu cita-citanya. Darah daging serta semangatnya tidak sebati dengan UMNO. Bukan macam Abdullah Badawi, Najib, Sanusi, Wan Mokhtar, Abu Hassan atau Shahidan Kassim yang sanggup mati kerana UMNO.

Yang sedih, Anwar dikelilingi oleh mereka-mereka yang bukan lahir sebagai ahli UMNO sejati tapi ahli UMNO celup dari ABIM atau PKPIM atau kawan-kawan lama Anwar yang melihat pelaug untuk keuntungan peribadi.

Bila Anwar berkuasa, orang-orang inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. Orang-orang UMNO jati akan diketepikan dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah. Anwar selama menjadi TPM, lebih banyak menyakiti hati kawan-kawan dari menawan hati mereka. Dia lebih banyak menyinggung perasaan kawan-kawan dan memberi perangsang dan nasikat kepada mereka.

Awnar Ibrahim sejak jadi TPM - bertukar sikap, bertukar perangai. Dia mulai sombong, mulai bongkak. Mula tunjuk belang, tidak sabar-sabar. Pandai berlakon depan Dr. Mahathir tapi dibelakang orang-orang suruhannya mencaci Dr. Mahathir dalam negeri mahupun luar negeri.

Kalau hati perut Siam itu hijau, hati Anwar lagi hijau. Kalau hati perut Yahudi itu busuk sehingga dilaknat oleh Allah SWT, hati perut Anwar lagi busuk.

Saya tulis ini semua bukan dapat untung apa-apa tapi semata-mata kasihan lihat Dr. Mahathir penat lelah bangunkan negara, tingkatkan kehidupan rakyat, bawa negara terkenal didunia, tiba-tiba akan dihancur, dilebur, ditanam oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kasihan rakyat, kasihan pejuang-pejuang UMNO yang sudah tidak ada 'telor' menahan kemaraan nafsu besar Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir jangan ingat Anwar akan menyambung Wawasan Dr. Mahathir. Menghancurkannya adalah Wawasan Anwar.

ANWAR BAWA TREN MENENTANG KETUA

Sikap menentang ketua telah membawa kesan yang buruk dalam sejarah perjuangan UMNO sehingga diharamkan.

Bila UMNO (baru) dibentuk, sikap melawan Ketua berterusan bila Anwar menentang Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden.

Kemudian kita dengar suara Anwar yang kini Timbalan Presiden menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO jangan menentang ketua. Ini boleh memecah belah perpaduan parti kerana wujud kem masing-masing.

Nada Anwar itu tidak lebih dan tidak kurang macam ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Sikpa Anwar itu boleh diibaratkan 'mabuk politik lebih parah daripada todi' sebagaimana Komentar A. Nazri Abdullah, Ketua Pengarang Berita Harian/Berita Minggu dalam keluaran 8 Februari.

Nazri menulis pertandingan dalam Bahagian UMNO membawa porak peranda. Malangnya pemimpin diperingkat bahagian mabuk politik dan jawatan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, sehingga sanggup mengorbankan perpaduan parti.

Akhbar yang dipimpin Nazri menasihatkan Anwar jangan menentang ketua tetapi akhbar inilah yang mati-matian menyokong Anwar menumbangkan Ghaffar dulu. Kerana set yang dibuat oleh Anwar, maka turun kepada Zahid dan Siti Zaharah yang masing-masing menentang ketua untuk merebut jawatan.

Tidakkah Anwar, Zahid dan Zaharah tergolong sebagai orang yang mabuk todi? Dan tidakkah mereka yang harus dinasihatkan oleh Nazri supaya menukar mereka yang mabuk politik mejadi ahli parti yang siuman.

Berapa ramai mangsa diskriminasi media yang di bawah telunjuk Anwar ini menjadi korban? Semua orang tahu motif Anwar mewujudkan kem-kem sendiri daro peringkat bahagian, negeri dan nasional. Ini memudahkan Anwar, bila tiba masa akan menentang ketua untuk merebut jawatan Presiden.

Sebagai contonhya beliau bersumpah dengan berkata "saya menganggap Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak tidak sekali-kali merelakan diri saya menentangnya, semata-mata untuk merebut jawatan Timbalan Presiden".

Kemudian apa yang sudah berlaku? Di mana Anwar mahu sorokkan sumpahnya? Ghaffar bukan sahaja dilanyak sehingga memusnahkan karier politiknya, tapi Anwar telah menghina seluruh anggota UMNO kerana Ghaffar merupakan satu-satunya pengasas UMNO sedangkan Anwar baru menjadi ahli UMNO dalam tahun 80an.

Sekarang Anwar berusaha mengumpulkan orang-orangnya, sama ada berbentuk mafia atau politiking atasan mengatur strategi untuk menentang Dr. Mahathir pula, bagi merebut jawatan Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri.

Ini akan dilakukan oleh Anwar dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1999. Sepatutnya Anwar melawan Dr. Mahathir pada tahun 1996 lagi selepas berjaya membentuk kem wawasan menentang Ghaffar pada tahun 1993.

Tetapi beliau terpaksa akur keputusan Perhimpunan UMNO yang menetapkan tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Dalam ucapan dasarnya, Dr. Mahathir berterus-terang bahawa beliau sudah menduduki kerusi Perdana Menteri selama 15 tahun, tetapi kalau Anwar kalah dia tidak akan mencium kerusi PM buat selama-lamanya.

Anwar sentiasa berpendapat bahawa strateginya boleh mendatangkan hasil apabila Zahid Hamidi dan Siti Zaharah memenangi kerusi Pemuda dan Wanita, tetapi harapannya kian meleset apabila Dr. Mahathir tidak melantik mereka sebagai Menteri Kabinet.

Dr. Mahathir lebih memahami senario politik di Malaysia. Bagaimana seorang tokoh itu berpengaruh sekalipun tanpa dokongan kuasa maka kedudukan mereka tidak akan terjamin.

Anwar kelihatan kuat bukanlah kerana kekuatan pengaruhnya tetapi kuasan yang diberi oleh Perdana Menteri sendiri.

Lihat sekarang kedudukan Anwar begitu rapuh sebagai Menteri Kewangan bila Dr. Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi dengan Daim selaku Pengarah Eksekutifnya. Segala fungsi kewangan negara adalah ditentukan oleh Daim bukan Anwar lagi.

Perangai yang buruk kepada Anwar yang sukar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara ialah menggunakan isu skandal seks untuk memerangkap musuh yang ditakutinya.

Contohnya Ghaffar Baba dan Rahim Thamby Chik menjadi mangsa yang diada-adakan dengan menggunakan media di bawah telunjuknya sebagai mencanangkan propaganda sehingga orang yang tidak berdosa, orang yang tidak pernah melakukan perbuatan tersebut dikutuk, dikecam habis-habisan.

Rakyat bukan bodoh, mereka akhirnya mengetahui taktik ala mafia ini bagi menjatuhkan seseorang pemimpin.

Sekarang ini orang takut untuk berdamping dengan Anwar kerana akan dicap sebagai barua dan tali barut mafia.

Bila skandal seks dengan isteri orang yang melibatkan Anwar terbongkar, ramai yang terkejut. Tetapi apabila skandal homoseks dengan pemandu Anwar terbongkar, mereka mula percaya bahawa Anwar sudah menerima pembalasan dari Allah.

Ahli veteran UMNO, Allayarham Hi. Sulaiman Palestine yang merupakan guru kepada Anwar tidak menaruh harapan bahawa Anwar boleh menjadi Perdana Menteri kerana sikap yang memijak kepala kawan untuk naik.

Hj. Sulaiman dua minggu sebelum meninggal dunia ada memberi pandangan bahawa Abdullah Badawi (dan Sanusi Junid - Webmaster) merupakan tokoh yang harus menjadi Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir.

Abdullah Badawi (dan Sanusi) mempunyai perwatakan pemimpin yang tinggi dengan sikap yang penuh sabar dalam menghadapi satu-satu situasi dan tidak memijak kepala kawan untuk naik.

Sebagai rakyat, kita mahu ciri-ciri pemimpin seperti Abdullah Badawi (dan Sanusi) yang boleh menjadikan negara makmur hidup aman damai dan tidak rasuah.

oleh Khalid Jafri (di petik dari Akhbar Tempo keluaran 5hb. Mei 1998).

ZAHID PEMIMPIN BEBAL

Ahamd Zahid Hamidi disifatkan oleh Utusan sebagai pemimpin bebal bererti bodoh dan tumpul otak. Majalah Massa pula kategorikan Zahid bukanlah seorang pemimpin politik dengan matlamat menghalalkan cara - bermakna Zahid berpotensi jadi pemimpin korup.

Dimata rakyat pula, Zahid yang banyak bercakap dari bekerja. Mula dia kutuk Singapura, kemudian senyap-senyap dia minta maaf.

Dia selalu kutuk Abu Hassan Omar kemudian dia kata ada dalang nak jatuhkan Menteri Besar itu dan berjanji nak beri nama dalang tersebut tapi sampai sekarang tiada dalang yang ada, cuma jembalang yang sudah rasuk Zahid.

Dia mengumumkan keputusan Pemuda UMNO bahawa jawatan ketua dan naib ketua tidak akan dipertandingkan pada tahun 1999. Tapi bila Utusan Malaysia kata Zahid dah bebal bererti bodoh, dia cepat-cepat menukar keputusan Pemuda bahawa jawatan ketua dan naibnya harus ditandingkan.

Yang mana satu nak ikut? nasib Zahid tidak dilantik menjadi Menteri, kalau tidak dasar kementeriannya akan sentiasa berubah dalam masa 24 jam.

ORANG KDN ANTI MAHATHIR

Pegawai nombor dua di bahagian unit Penerbitan KDN, Mohd Asroh Bin Mat Som mendabik-dabik dada bahawa beliau adalah kelulusan politikal sains yang sering mencabar pengarang dan penulis yang menghentam Anwar.

Beliau sentiasa mahu Dr. Mahathir dikritik, bukan Anwar. Kerana itu penerbitan yang mendapat amaran seperti Harakah dan majalah Tamadun telah bertukar haluan menghentam Dr. Mahathir secara bersiri.

Satu hari, penulis ada temejanji dengan boss PP, Tengku Mahmood Ismail, tiba-tiba ASROH muncul dan mempertikaikan pasal artikel akhbar Tempo yang menghentam Anwar.

Saya menjawab: Kan lebih baik Anwar saman saja penerbit atau penulis supaya pendedahan di Mahkamah adalah lebih luas dan dapat coverage media asing?

Yang peliknya, Tengku Mahmood macam menyerahkan tanggungjawab bulat-bulat kepada ASROH menyebabkan segala permohonan terus atau melalui Timbalan Menteri KDN, Ong Ka Ting atau Tajol Rosli dibakul-sampahkan saja oleh ASROH, terutama permohonan dari orang yang pro Dr. Mahathir. Ada permohonan sampai setahun tidak dijawab. Alih-alih bila ditanya, ASROH jawab tidak ada fail dalam komputer.

Ada setengah penerbit pula berlambak dapat permit KDN. Cakaplah kalau mahu saham kita boleh beri, tapi jangan main sorong tarik.

Yang rakyat tahu Dr. Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri, tapi Anwar masih boleh berkuasa.

Barangkali ASROH dah serah bontot kepada Anwar. Selera ke Anwar?

(Mana tak selera, memang dah kaki bontot, mesti kebas punya :) Webmaster).

ANWAR LANGGAR SUMPAH

Bila Anwar bersumpah bahawa ia tidak akan menentang Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden maka ramai yang menghormati keputusan tersebut demi memelihara perpaduan orang Melayu dan UMNO khasnya.

"Saya menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang beliau", ujar Anwar.

Tetapi selang beberapa hari, Anwar putar balik keputusannya dan mengumumkan untuk menentang Ghaffar. Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

Sejak awal tahun ini beberapa rakan dalam parti telah menanyakan pendirian saya tentang pemilihan parti yang bakal tida dan ada yang mencadangkan agar saya menawarkan khidmat untuk jawatan Timbalan Presiden.

Saya menyatakan terima kasih dengan pernyataan kepercayaan mereka, namun saya menegaskan bahawa saya belum bersedia memikirkan perkara tersebut dan meminta tenaga dan perhatian, ditumpukan sepenuhnya untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.

Meskipun begitu saya terus dihadapkan dengan persoalan pemilihan sehingga ia menjadi perbualan di pelbagai peringkat parti. Untuk meredakan suasana, saya telah membuat pernyataan terbuka tidak berhasrat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan tahun ini.

Namun, maklum balas dari rakan-rakan serta pemimpin pelbagai peringkat menyatakan sikap bahawa sementara mereka tetap menghormati dan menyanjung sumbangan dan pengorbanan YAN Encik Ghaffar Baba tetapi mereka prihatin dan inginkan kesinambungan perjuangan. Pandangan ini dan gesaan mereka yang dinyatakan semakin terbuka di kebelakangan ini memerlukan saya membuat pertimbangan semula.

Saya akur dengan keprihatinan rakan-rakan serta hasrat parti untuk mengangkat martabat umat Melayu dan bangsa Malaysia dengan menjayakan hasrat yang terkandung dalam wawasan 2020.

Saya juga terdorong dengan iltizam untuk membantu Presiden UMNO yang dikasihi Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk meletakkan parti pada landasan yang lebih kukuh dan memperhebatkan pembangunan Bumiputera serta negara keseluruhannya dalam pelbagai bidang.

Saya yakin UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk menangani permasalahan abad ke 21. UMNO adalah sebuah parti yang menggabungkan kekuatan dan pengalaman silam serta keberanian dan kebijaksanaan baru: tegasnya gabungan tua dan muda: memadukan segenap lapisan rakyat bandar dan desa, petani dan nelayan, pendidik dan pekerja, usahawan dan budayawan, cendekiawan dan teknorat, untuk bergerak sebagai satu pasukan.

Menyedari hakikat ini, maka saya dengan penuh keinsafan bersedia menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

ANTARA RASUAH DAN MARUAH

Menjelang pemilihan Perhimpunan Agong UMNO tahun 1993 terbentuklah dua kem. Satu kem Anwar dan satu lagi kem Ghaffar Baba.

Anwar ketika itu berkedudukan Naib Presiden telah mencabar Ghaffar untuk jawatan Timbalan Presiden.

Maka Anwar pun menghimpunkan penyokong-penyokongnya termasuk sebahagian besar Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri serta ramai Ketua-Ketua Bahagian.

Oleh kerana majoriti bahagian mencalonkan Anwar maka Ghaffar terpaksa mengundurkan diri dari pertandingan.

Dalam buku Tuntutan Perjuangan Bangsa, Sanusi Junid bercakap antara lain:

Yang sudah menyatakan hasrat untuk bertanding hari ini, hanya Ghaffar Baba.

Untuk mempertahankan jawatannya, tetapi di bawah sudah ada gerakan untuk ada pertandingan.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan antara rasuah dan maruah.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan duit dan nilai.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan antara kepentingan peribadi dengan keppentingan bangsa.

Ada yang kata kita mahu perubahan? Perubahan apa? Perubahan negara atau perubahan kedudukan diri sendiri?

Komen Penulis

Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai Kem Rasuah manakala Kem Maruah ialah Ghaffar Baba.

Yassin Salleh pemenang Pengarah Filem terbaik merupakan penyokong Ghaffar yang berjaya mengumpulkan berpuluh ribu orang di Kuantan menyambut kedatangan Ghaffar dan Sanusi menjelang perhimpunan tersebut.

Yang menariknya, beliau merentangkan banyak poster dan kain rentang dengan perkataan:

Antara Rasuah Dan Maruah

Dalam pertandingan 1993 inilah politik wang bermaharajalela sebelum dikatakan tahun-tahun berikutnya.

Hari ini Anwar mampu bercakap tentang jijiknya rasuah dan politik wang.

KAYA DI TANGAN DAIM PAPA DI TANGAN ANWAR

Kalau di Barat, jika berlaku krisis ekonomi orang yang pertama harus meletakkan jawatan ialah Menteri Kewangan.

Di Malaysia, walaupun negara dilanda kejatuhan teruk ekonomi dan nilai ringgit, namun Anwar masih boleh berdekah-dekah.

Beliau masih mampun berpidato ala Fidel Castro sedangkan air sudah berada di paras hidung.

Kalau dulu Daim membuat negara makmur dan menjadikan orang Melayu kaya-raya, di tangan Anwar pula mengheret orang Melayu jatuh papa kedana.

Kalau di zaman Daim pertumbuhan bank seperti cendawan tumbuh dimusim hujan, Anwar pula menutup banyak cawangan Bank Negara.

Kalau cawangan-cawangan bank sudah ditutup, apakah Anwar akan berkata ekonomi Malaysia tidak jatuh, yang jatuh cuma nilai ringgit saja.

Kejatuhan nilai ringgit boleh dilihat dan dirasa oleh pancaindera dan rakyat menderita akibatnya. Ramai peniaga gulung tikar dan jatuh bankrap.

Kempen Anwar jangan beli barang impot boleh diertikan menyuruh rakyat kembali kezaman Jepun makan ubi kayu.

Ini didasarkan sebahagian besar bahan utama makanan sehari-hari adalah barangan impot seperti beras, gula, tepung, rempah ratus, sayur-sayuran dan sebagainya.

Menurut Megat Junid, negara mengimpot barangan makanan sebanyak RM18 billion setahun. Ini termasuk beras kerana penghasilan beras negara ini tidak mencukupi.

Jadi kita kembali kepada konsep Buku Hijau di zaman Tun Abdul Razak. Kalaulah Anwar mengambil iktibar mencontohi Allahyarham sewaktu Anwar memegang Menteri Pertanian dahulu, tentulah negara tidak menghadapi masalah seperti sekarang.

Anwar dilihat sebagai one man show dalam mentadbirkan kewangan negara maka kegawatan ekonomi negara semakin meruncing.

Kalau telahan ini kurang tepat, mengapa harus ada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Tidakkah penubuhan MTEN sebagai satu tamparan kepada Anwar? Lebih-lebih lagi Daim dilantik sebagai peneraju MTEN yang mempunyai rekod cemerlang sebagai Menteri Kewangan.

Dengan kata lain, segala usaha untuk memulihkan kejatuhan ekonomi negara telah dipertanggungjawabkan kepada Daim. Cuma PM tidak membuang Anwar daripada Menteri Kewangan.

Pada hematnya, Anwar sendiri sedar bahawa keupayaannya sudah sampai ke persimpangan di mana ia sendiri harus menawarkan diri untuk berundur daripada Menteri Kewangan, bukan tunggu untuk diberhentikan.

Dengan penubuhan MTEN berdasarkan kemampuan Daim, maka PM mengumumkan baru-baru ini bahawa ekonomi negara akan pulih dalam jangka waktu enam bulan lagi.

Perbezaannya antara falsafah perjuangan Daim dengan Anwar ialah Daim sewaktu menjadi Menteri Kewangan menumpukan sepenuh perhatian dalam membangunkan ekonomi negara tanpa ada perhitungan politik peribadinya. Lebih kerja, kurangkan politik.

Kerana itu Daim pada bila-bila masa boleh berhenti dari menjadi Menteri Kewangan setelah ekonomi negara berada di puncak kejayaan. Beliau juga berhenti begitu saja sebagai Ketua UMNO Bahagian Merbok bila dikacau kedudukannya. No Sweet kata orang putih.

Anwar pula terlalu berkira dalam perhitungan masa depan politiknya. Yang demikian, tindak tanduknya sentiasa mempunyai kepentingan politik dirinya. Mungkin Anwar dihantui jawatan Perdana Menteri yang dikhuatiri terlepas kepada orang lain.

Kerana itu beliau mempunyai strategi politiknya sendiri sebagai master plan yang mungkin lebih tersusun daripada menyediakan master plan mengatasi kemerosotan ekonomi negara sekarang.

Di antara strategi Anwar ialah memastikan seberapa banyak orang-orangnya mendapat tempat penting dalam sektor kewangan, badan-badan tertentu dan diberi kemudahan dalam perniagaan.

Golongan ini juga bertapak dan memegang jawatan-jawatan penting dalam UMNO Bahagian sebagai cadre. Golongan ini merupakan tunggak dominan Anwar dalam politik. Strategi yang amat berkesan ini telah pun dibuktikan ketika Anwar menentang Ghaffar Baba dulu.

Dominan Anwar ketika itu ternyata dikalangan Menteri Besar yang mempunyai team wawasan. Namum team tersebut berpecah selepas perhimpunan 1993.

Mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan Anwar telah dituba. Di antara mangsanya ialah Rahim Tamby Chik, Sanusi Junid dan Daim Zainuddin.

Senario politik hari ini tidak lagi mengikut gendang yang dipalu oleh Anwar. Kecuali Melaka, semua Menteri Besar mempunyai sikap yang positif terhadap kepimpinan Dr. Mahathir. Begitu juga dengan pendirian kebanyakan Menteri Kabinet. Sentuh Dr. Mahathir bererti menjolok sarang tebuan.

Kalau kurang yakin, kita lihat sahaja pertandingan pucuk pimpinan UMNO tahun 1999. Apakah Anwar berani bertanding melawan Dr. Mahathir untuk merebut jawatan Presiden?

Dr. Mahathir sendiri memberitahu bahawa pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh diadakan bagi tahun berkenaan.

oleh Khalid Jafri (TEMPO 25hb Jun 1998).

TUBUH BADAN PENYIASAT BEBAS SIASAT SKANDAL BISEXUAL ANWAR IBRAHIM

Untuk berlaku adil kepada rakyat dan kerajaan, harus ditubuhkan satu badan penyiasat bebas untuk menyiasat skandal bisexual Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bisexual - tabii seks depan belakang (lelaki-perempuan) Anwar telah terbongkar baru-baru ini dan kerajaan tidak bertindak apa-apa mengenai isu tersebut, malahan pihak polis membuat penekanan kepada mereka yang melakukan laporan.

Rakyat merasa tidak adil apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dilibatkan dengan skandal seks remaja bawah umur, apabila Anwar telah melakukan tekanan terhadap Rahim sehingga memaksanya meletak jawatan.

Sepatutnya Anwar harus meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, untuk memberi laluan bagi badan penyiasat bebas melakukan penyiasatan mereka.

Penglibatan Anwar dalam skandal homoseksual dengan bekas pemandunya Azizan Bin Abu Bakar dan adik angkat Anwar, Sukma seorang rakyat Indonesia yang mempunyai butik "Ferre" di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Anwar juga dilibatkan juga dengan isteri Setiausaha Sulitnya Shamsidar Taharin sehingga mendapat seorang anak haram bernama Afifa.

Kalau setakat menyiasati dengan secara temubual saja tidak memadai. Ujian darah Anwar dan Shamsidar serta Afifa harus dijalankan. Begitu juga pemeriksaan doktor ke atas bekas pemandunya, Azizan dan adik angkatnya Sukma harus diadakan.

Rakan-rakan sekolahnya sewaktu di MCKK dan Universiti Malaya yang sanggup memberi keterangan harus juga diambil kira.

Skandal seks homo dan dengan isteri orang yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO itu adalah memalukan nama negara dan parti UMNO sendiri.

Oleh yang demikian, penyiasatan badan bebas dipilih dari orang-orang yang tidak boleh dirasuah, harus disegerakan kerana ia terus-menerus menjejaskan imej kepemimpinan negara dan parti.

Dalam perkembangan lain, pendedahan skandals seks Perdana Menteri Jepun, Rijutaro Hashimoto telah didedahkan.

Hashimoto telah membuat perhubungan sulit dengan seorang wanita diplomat China yang dipercayai boleh menjatuhkan kerajaan Jepun.

Lumrahnya penglibatan skandal seks pemimpin tinggi akan menjahanamkan parti dan kerajaan yang diperintah, sekiranya didiamkan berlarutan tanpa diambil tindakan wajar yang dikehendaki oleh rakyat.

ANWAR MENIPU DR. MAHATHIR

Pada 24 Ogos 1997, pemberita bertanyakan Dr. Mahathir tentang dua tuduhan salahlaku yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim seperti berikut:

a. Anwar Ibrahim telah berzina dengan isteri kepada Setiausaha Sulitnya sendiri (Mohd Azmin B Ali) iaitu Shamsidar Bte Taharin (Sheeda), terbukti dari hasil penyiasatan konkrit yang dibuat oleh Ummi Hafilda Bte Ali, adik kepada Azmin pada 30 Jun 1997, jam 5.35 petang (Isnin). Dilampirkan dua (2) dari 19 mukasurat nota penyiasatan yang telah dibuat oleh Ummi.

b. Anwar Ibrahim telah main bontot (sodomised) pemandunya sendiri bernama Azizan Bin Abu Bakar tidak kurang dari 15 kali dan dilampirkan di sini Pengakuan Bersumpah dari Azizan.

Maka Dr. Mahathir menafikan semua ini dan menyatakan ianya adalah fitnah. Bukti yang digunakan oleh Dr. Mahathir ialah dua surat pengakuan yang telah dibawa oleh orang Anwar Ibrahim kepada beliau selepas Mesyuarat Kabinet pada 20 Ogos 1997.

Kedua surat-surat ini telah ditandatangani oleh Ummi (bahawa beliau tidak akan menyebut lagi tentang skandal Anwar Ibrahim ini) dan Azizan (bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara ini).

SEBENARNYA KEDUA-DUA SURAT yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim itu adalah dibuat oleh pihak polis dan keduanya (Ummi dan Azizan) telah DIPAKSA menandatanganiinya. JIKA TIDAK, mereka berdua diancam akan merengkok dua (2) tahun di dalam tahanan ISA.

Pendekatan Anwar Ibrahim menggunakan pihak polis berkenaan untuk MENIPU Dr. Mahathir adalah DIKUTUK, berniat jahat dan bertujuan untuk membohongi seluruh UMNO dan NEGARA demi kepentingan politik beliau semata-mata.

Dilakarkan detik-detik bagaimana Anwar dan Polis berkerjasama dalam menipu Dr. Mahathir, UMNO dan seluruh rakyat Malaysia:

1. Pada 11 ogos 1997, jam 5 petang, memo siasatan Ummi dan Surat Pengakuan Bersumpah Azizan diserahkan kepada Dr. Mahathir di Jabatan Perdana Menteri.

2. Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Ummi membuat surat memo sebegitu rupa kerana beliau (Ummi) kononya jatuh cinta kepada Anwar selama dua tahun berturut-turut tetapi beliau (Anwar) tidak membalas cinta romatik ini (macam cerita 'The Fatal Attraction' agaknya). Tetapi bila ditunjuk Pengakuan Bersumpah Azizan, Anwar jadi menggelabah dan panik.

3. Ketika Ummi dan Azizan sedang disiasat oleh Cawangan Khas Polis (SB) dari Bukit Aman, Anwar tanpa disedari telah menalipon Azizan dihadapan tiga (3) orang pegawai/anggota SB dan Azizan telah menguatkan volume suara taliponnya supaya didengari oleh pegawai-pegawai/anggota SB ini.

Adalah jelas Anwar meminta merahsiakan hubungan homoseksual mereka dan merayu agar Azizan menafikan sama sekali pada bila-bila masa. Bukti ini tidak boleh disorok oleh Bukit Aman.

4. Ketika disoal siasat oleh polis, Azizan membawa sebuah surah Al-Yasin dan sebuah Al-Quran kecil dan bersumpah dihadapan penyiasat-penyiasat ini tentang kebenaran apa yang telah diperkatakan iaitu beliau telah diliwat (sodomised) tidak kurang dari 15 kali.

Pada 16 ogos 1997, Anwar mengarahkan Azmin (Setiausaha Sulitnya dan suami kepada Sheeda) untuk pergi kepada bapanya (Pak Ali) dan menyatakan kepada Pak Ali kononnya PM tidak percaya surat Ummi, PM balingkan surat berkenaan di muka Azmin dan menggugut jika ayahnya (Pak Ali) tidak menandatangani surat yang mengatakan bahawa Ummi adalah anak yang bermasalah maka Azmin akan dibuang kerja.

6. Kerana takutkan PM marah dan Azmin dibuang kerja, Pak Ali telah terpaksa menandatangani surat yang dikehendaki oleh Anwar ini.

Sebenarnya segala perlakuan Azmin kepada Pak Ali (bapa beliau) dan surat fitnah terhadap Ummi yang ditandatangani oleh Pak Ali adalah satu rancangan jahat yang telah dirancang oleh Anwar sendiri.

7. Berlandaskan kepada surat Pak Ali ini, pada pagi 17 Ogos 1997, Azmin diarah oleh Anwar membuat laporan polis di Bukit Aman kononnya Ummi sedang melakukan satu "perbuatan jenayah" untuk menggulingkan Timbalan Perdana Menteri.

8. PM pada masa ini berada di Sabah kerana lawatan rasmi dan Anwar berkehendakkan pihak polis membuat "missi khas" secepat mungkin terhadap Ummi dan Azizan sebelum PM balik dari Sabah.

9. Pada 17 ogos 1997, jam 5 petang, berlandaskan laporan jenayah yang di buat oleh Azmin, seramai 30 orang pegawai dan anggota polis lengkap dengan senjata api M-16 telah mengepung rumah Dr. Ristina di Bangsar, pecahkan pintu gatenya dan Ummi telah diheret ke Bukit Aman.

10. Di Bukit Aman, sepanjang malam 17 Ogos 1997 hingga ke pagi 18 Ogos 1997, kedua Ummi dan Azizan telah ditahan dan di 'torture secara psycho' sehingga hampir tumbang, dengan menggunakan laporan Azmin dan surat Pak Ali.

Polis menuduh Ummi dan Azizan dijadikan alat politik bagi menggulingkan Anwar.

11. Bagi membuktikan bahawa ahli-ahli politik tidak terlibat di dalam usaha Ummi ini, pasukan polis telah membawa Ummi kepejabatnya di Gombak di malam yang saya untuk melihat sendiri segala kertas-kertas catatan dan draf yang Ummi sendiri tulis denganpensil dan pen, dan bukan direka dan dirancang oleh sesiapa yang lain sepertimana yang disyaki.

Adalah jelas Ummi membuat memo kepada PM berasaskan keputusan sebulat kata, dengan ahli-ahli keluarganya yang merasai perbuatan terkutuk Anwar itu menjadikan Azmin seorang suami yang dayus dan menimpakan penghinaan kepada seluruh ahli keluarga Azmin/Ummi sendiri.

12. Di pagi 18 ogos 1997, kedua Ummi dan Azizan telah diberi kata dua (ultimatum) iaitu samada tandatangan surat untuk tutup kes ini atau merengkok di dalam tahanan ISA selama dua tahun tanpa pembicaraan di mahkamah.

13. Kerana takutkan ugutan penjara dua tahun di bawah ISA, polis berjaya memaksa kedua Ummi dan Azizan menandatangani surat-surat yang diperlukan oleh Anwar bagi menutup pekong, tembelang dan perbuatan munafik beliau ini. Selamatlah skandal yang paling aib, keji dan terkutuk dalam sejarah politik tanahair.

14. Akhirnya Ummi dilepaskan pada jam 11 malam 18 Ogos 1997 dengan amaran keras iaitu jika mereka timbulkan semula skandal Anwar ini, mereka akan terus dihantar ke penjara di bawah ISA.

15. Pada masa yang sama, lima (5) orang pegawai polis telah membawa Azizan ke rumah Anwar Ibrahim dan menggugut Azizan jika beliau tidak minta maaf dengan Anwar pada malam itu juga, beliau akan diseksa dan di penjara di bawah ISA.

Kata Azizan selepas peristiwa meminta maaf secara paksa ini:

"Empat (4) tahun Anwar Ibrahim main bontot saya, akhirnya saya dipaksa oleh polis melutut meminta maaf kepada manusia binatang ini yang telah menghilangkan nilai diri saya selagi saya masih hidup"

16. Pada 20 Ogos 1997, selepas Mesyuarat Kabinet, Anwar dengan senyum lebar dan sinis membawa surat Pak Ali, laporan polis Azmin, surat-surat pengakuan Ummi dan Azizan kepada Dr. Mahathir dan menyatakan:

perbuatan Ummi dan Azizan adalah fitnah kepada saya semata-mata.

17. Pada 31 Januari 1998 bersamaan 2 Hari Raya Aidil Fitri, ketika sedang memandu bersama isteri yang mengandung 6 bulan dan dua orang anak, kereta yang dipandu oleh Azizan telah 'dilanggar' oleh sebuah kereta lain yang tidak dikenali.

Akibatnya, isteri Azizan bersama anak kandung yang belum lahir (6 bulan) telah terkorban. Manakala Azizan dan dua anaknya telah diselamatkan oleh Allah SWT.

Apa yang pelik ialah dua minggu sebelum itu, pada pertengahan bulan Ramadhan, pintu hadapan rumah Ummi telah disimbah dengan darah.

Setelah diperiksa oleh pakar kimia, darah tersebut adalah darah seekor binatang (anjing).

Sebuah laporan polis yang berkaitan telah pun dibuat mengenai perkara ini.

PENGAKUAN BERSUMPAH AZIZAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya AZIZAN BIN ABU BAKAR, I/C 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar Bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.

Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai 'kronik' sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.

Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.

Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Bin Ibrahim.

Sekali lagi dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu samada secara peribadi atau politik untuk menjatuhkannya.

Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan yang teraniaya seperti saya.

Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terperinci.

Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.

Dengan Nama Allah sekali lagi saya AZIZAN BIN ABU BAKAR bersumpah bahawa segala laporan di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu. Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara. AMIN.

Pengakuan bersumpah

t.t

(all info below are hand written)

5980324
54 Jln Bersatu 1
Taman Bersatu 48000 Rawang
5hb. Aug, 1997

PERIHAL SALAH LAKU ANWAR

1. Merupakan seorang homoseksual melalui hubungan sejenisnya dan salah seorang dari mangsa yang berani tampil berhadapan ialah bekas pemandu kepada beliau iaitu Azizan Bin Abu Bakar yang kini pemandu Mohamed Azmin Bin Ali.

2. Mempunyai hubungan sulit dengan Puan Shamsidar Tahrin iaitu isteri kepada Setiausaha Sulitnya sendiri, Mohamed Azmin Bin Ali.

3. Membuat fitnah yang mempunyai unsur jahat demi kepentingan politiknya melalui kenyataan tuduhan kepada Ummi Hafilda Bt. Ali (adik kepada Mohamed Azmin Bin Ali) bahawa si gadis tergila-gilakannya melalui surat-surat cinta yang telah dihantar kepada beliau.

4. Menganiaya Setiausah Sulitnya sendiri melalui skandalnya bersama Puan Shamsidar Tahrin tanpa pengetahuan si suami.

5. Memberikan satu tamparan hebat yakni penghinaan dan tekanan perasaan dari segi maruah kepada seluruh keluarga Mohamed Azmin Bin Ali.

6. Menyalahgunakan kuasa demi menutup segala pembohongan dan kemungkaran yang telah dilakukan.

7. Mempersendakan Islam dengan pembacaan khutbah oleh beliau di sana-sini demi memberikan gambaran imej tokoh 'Pak Sheikh' yang memperjuangkan Islam.

8. Menggugat kredibiliti kepimpinan UMNO yang menjadi tunjang negara melalui perbuatan keji, hina, aib dan rakus beliau tanpa memikirkan implikasinya kepada shasiah pembangunan ummah dan negara.


SEBAB-SEBAB LAPORAN DIKEMUKAKAN


1. Memohon budi bicara YAB Perdana Menteri untuk menyiasat setiap laporan yang dikemukakan.

2. Memohon perlindungan keselamatan bagi pihak penulis dan keluarga.

3. Menegakkan kebenaran demi kepentingan parti dan negara.

4. Mengalami tekanan emosi yang paling kritikal bagi seluruh ahli keluarga sejak kes ini diketahui.

5. Memohon YAB menyelamatkan abang kami, iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus berkhidmat dengan orang yang telah menganiaya iaitu insan munafik yang bernama Anwar Ibrahim.

6. Memohon hukuman yang setimpal sekiranya laporan yang diberikan adalah benar sebagai satu peringatan kepada pemimpin yang lain supaya tidak menyalahgunakan kuasa dengan kedudukan yang ada.

7. Menyekat sama sekali perbuatan mungkar di luar tabii manusia iaitu hubungan sejenis yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT.


LAPORAN LENGKAP PERIHAL SALAHLAKU


YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis demi menyelamatkan abanag saya iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus teraniaya maka kami adik-beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik, pertimbangan dan budi bicara YAB menerima laporan ini untuk kebaikan semua pihak.

YAB, laporan ini tidak bermotifkan sesuatu samada politik magupun peribadi tetapi ianya lebih kepada perjuangan menegakkan kebenaran.

YAB, kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Puan Shamsidar di mana beliau sering menerima panggilan misteri dari seseorang untuk tempoh yang agak lama sekurang-kurangnya setengah jam hingga kadangkala memakan masa satu setengah jam.

Kekerapan menerima panggilan talipon dalam keadaan yang mencurigakan telah menimbulkan syak wasangka kepada seluruh ahli keluarga termasuk kedua ibubapa.


BAB PEMBONGKARAN RAHSIA OLEH 'ATON' (PEMBANTU RUMAH)


Akhirnya hinggalah pada satu hari, dengan kuasa Allah si pembantu rumah bernama Aton (bekerja hampir lapan tahun dengan Azmin) telah membuka sedikit rahsia mengatakan bahawa Puan Shamsidar mempunyai seorang kekasih di kalangan orang atasan.

Bila ditanya kenapa beliau berkata begitu, Aton dengan rasa sedikit serba salah tetapi penuh tanggungjawab mengatakan kekerapan panggilan talipon itu ialah dari kekasihnya.

Apabila ditanya siapakah gerangan si lelaki, si pembantu agak keberatan tetapi setelah diminta bekerjasama akhirnya beliau memberitahu saya bahawa waktu-waktu yang selalu dipanggil ialah 6.30 petang. 8.30 malam dan kadangkala lewat 12 tengahmalam ketika si suami sedang nyenyak tidur.

Beliau meminta saya mengangkat talipon pada waktu-waktu tersebut sekiranya ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.

Akhirnya pada 9hb. Jun 1997, tepat pada waktunya 6.30 petang saya berada di rumah Azmin.

Apabila talipon berbunyi kedengaran suara seorang tokoh pemimpin yang sangat-sangat saya kenali iaitu Anwar Ibrahim dengan nada rasa cinta dan menggoda. Tetapi apabila beliau terperasan bahawa saya bukanlah wanita yang dicarinya maka beliau meletakkan talipon. Kebodohan beliau nampak jelas apabila dia memanggil semula dan inilah perbualan kami:

Anwar: I nak bercakap dengan Shida

Ummi: Siapa ni (Agak keras)

Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)

Ummi: It is Dato' Seri

Anwar: Ya, bercakap

Ummi: Sorry, I didn't recognise your voice just now (tujuan saya untuk memerangkap beliau bagi memastikan beliau adalah pemanggil yang meletakkan talipon sebelum ini. Beliau tidak menafikan)

Anwar: Hah...itulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that's why I letak phone

Ummi: Hah...apahal

Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia

Ummi: She's okay, alhamdulilah sihat

Anwar: Tak apalah thank you


Apabila gagang talipon diletakkan, maka berdetak hati saya mengesahkan gerangan si lelaki tersbeut dengan pembantu rumah. Akhirnya si pembantu rumah mengaku bahawa itulah gerangan si lelaki yang sering memanggil setiap hari.

YAB, buar makluman, Puan Shamsidar sering mengatakan kepada kami bahawa Anwar Ibrahim itu adalah kekasihnya. Tetapi ketika itu, kami menganggap guruan atau mainan. Tetapi kenyataan berbau syak wasangka timbul seperti mengatakan bahawa Afifa anak bongsunya adalah anak Anwar Ibrahim. Jauh di sudut hati kami ingin menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi.


BAB KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN PEMANDU

Sekali lagi dengan kuasa Allah, akhirnya pemandu kereta Shamsidar Taharin iaitu Azizan Abu Bakar telah datang ke pejabat saya pada 12hb. Jun 1997 dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membongkar rahsia majikannya, Shamsidar Bt. Taharin.

Perbualan kami mengambil masa dua setengah jam.

Kisah berkisar perbuatan curang Shamsidar kepada Azmin untuk tempoh yang agak lama dengan memberi kami maklumat lengkap 'modus operandi' perbuatan keji mereka yakni Anwar - Shamsidar di kondominium mewah, Trivoli Villa, Bangsar.


BAB MODUS ORERANDI ANWAR-SHAMSIDAR-DATO' NALLA

Pada kebiasaannya, sipemandu Azizan akan menurunkan Shamsidar pada setiap kali pertemuan di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex dan kereta mewah Daimler WBV 37 yang dikatakan kepunyaan Dato' Nala (Eksekutif Director Magnum Corporation) akan datang bersama beliau untuk menjemputnya di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya mereka akan menuju ke kondominium mewah di Trivoli Villa untuk tempoh dua-tiga jam. Waktunya ialah 5.30 petang dan pada kebiasaannya ialah pada hari rabu.

Alasan yang sering diberikan oleh Anwar kepada polis pengiring bahawa beliau ingin bermain tennis dengan Nalla di Bukit Kiara. Polis pengiring dilarang turut serta. Begitulah kejadian keji yang berlaku sekian lama untuk tempoh beberapa tahun tanpa pengetahuan Azmin.

Selalunya perbuatan mereka adalah dua minggu atau sebulan sekali.


BAB BUKTI REKOD PERTEMUAN

YAB, si pemandu, Azizan ada merekodkan setiap pertemuan mereka di dalam diari peribadinya dan sudi menyerahkan secara peribadi kepada YAB bagi tujuan siasatan lebih-lebih lagi untuk perbandingan dengan rekod SB yang mencatatkan setiap kali urusan keluar masuk Anwar dari kediaman rasmi.


BAB AZIZAN JADI MANGSA HOMOSEKS ANWAR

YAB, Azizan merupakan bekas pemandu peribadi kepada isteri Anwar, iaitu Datin Seri Azizah untuk tempoh 4 tahun.

Bagi beliau dia tidak mempunyai sebarang motif untuk menjatuhkan Anwar tetapi lebih kepada perasaan peribadi kasihan dan sedih kepada majikannya Mohamed Azmin Ali yang baginya terlalu baik dan percaya kepada isteri dan ketua.

Beliau telah menceritakan kepada saya bahawa tindakan beliau berhenti kerja dengan Anwar ialah kerana terasa tertekan, terlalu marah dan hina melalui pengakuan bersumpahnya yang dilampirkan.

Menurut Azizan, salah seorang lagi mangsa hubungan sejenisnya ialah Sukma yang dikenali umum sebagai adik angkat Anwar iaitu rakyat Indonesia yang mempunyai butik bernama "Ferre" di Hotel Hilton.

YAB, setelah mendapat maklumat terperinci dari pemandu yang bersih, cekap dan amanah maka kami adik-beradik telah membuat keputusan untuk menyaksikan sendiri kejadian tersebut sebagai bukti.


BAB KEJADIAN 30 JUN 1997 JAM 5.35 PETANG (ISNIN)

Saya menerima panggilan talipon pada pukul 5 petang dari Azizan bahawa satu pertemuan antara mereka yakni Anwar-Shamsidar di Bangsar Shopping Complex.

Ketika itu saya berada di Setapak dan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan pengaduan Azizan adalah benar dan sahih, maka saya berkejar ke tempat kejadian iaitu di Bangsar Shopping Complex.

Dalam perjalanan, saya sempat menalipon abang sulung, Mohd. Azman Ali untuk turut serta.

Bersama saya ialah rakan karib saya Puan Zamrah Lajis. Saya juga sempat menalipon seorang lagi rakan bernama Puan Normala untuk meminjamkan pelekat kereta Kondominium Trivoli Villa bagi tujuan masuk ke dalam Kondominium.

Dengan izin Allah, kami tiba tepat pada masanya di mana kereta Daimler WBV 37 sedang menanti. Mereka tidak perasan kehadiran kami.

Akhirnya Allah telah menunjukkan di depan mata kami Puan Shamsidar menaiki kereta tersebut menyusur ke Kondo Trivoli Villa, Bangsar.

Kami mengekori dari belakang tanpa pengetahuan mereka.

Lima saksi pada kejadian tersebut ialah Ummi Hafilda Ali, Mohd Azman Ali, Puan Zamrah Lajis, Puan Normala dan Azizan Abu Bakar.

Mereka keluar dari Kondo Trivoli Villa pada pukul 7.40 malam dan kereta Daimler menghantar semula Shamsidar ke Bangsar Shopping Complex di mana Azizan menanti di tempat yang sama.

Kami tidak keberatan memberikan laporan terperinci sekiranya diberikan peluang untuk bertemu secara peribadi dengan YAB yang cukup kami sanjungi.

Saya hampir-hampir gila bila mengenangkan seorang tokoh pemimpin yang begitu say sanjungi lebih-lebih lagi ketokohan beliau di bidang agama sanggup melakukan perbuatan yang amat keji dan hina sebagai pemimpin negara.

Mujurlah abang saya Mohd Azman menenangkan keadaan di mana beliau mengatakan terlalu bahaya untuk kami mengambil tindakan apatah lagi ketika itu bapa kepimpinan yang amat saya sanjungi iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir tiada dalam negera.

Seluruh keluarga terperanjat, sedih, tertekan, terhina oleh perbuatan keji Anwar Ibrahim. Tetapi apakan daya, kami tiada kuasa kecuali meminta pandangan dari rakan-rakan yang saya percaya seperti Puan Sri Saadah dan Puan Norziela Jalil yang akhirnya memberikan saya satu semangat untuk membongkar pembohongan dan kemungkaran terbesar di mukabumi ini.

YAB, kami tidak melaporkan kepada Mohamed Azmin kerana percaya bahawa kasih-sayang dan kesetiaannya terhadap isteri dan ketua tidak berbelah bagi. Kami juga khuatir beliau mungkin mengambil tindakan di luar jangkaan sekiranya berasa amat tertekan.


BAB UGUTAN POLIS

YAB, pada 10hb. Julai 1997, saya bercakap di talipon dangan ADC Anwar iaitu Zul Aznam pada pukul 8.15 malam dengan memberi amaran secara halus supaya kisah ini ditutup dan tidak diceritakan kepada sesiapa sahaja termasuk kedua ibu-bapa.

Beliau juga memberi amaran kedudukan Anwar yang amat penting dalam negara. Saya menangis di talipon mengenangkan bahaya yang mungkin datang dan rasa tertekan yang amat sangat apabila abang saya yang terlalu baik dianiaya oleh ketua dan isterinya sendiri.

Selepas kejadian pengintipan pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada saya untuk menutup segala kemungkarannya. Di antaranya ialah saya telah dituduh membuat fitnah melalui surat layang yang sampai kepada isterinya, Datin Seri Azizah dan kakaknya, Hajah Halijah.

Saya juga telah dituduh oleh Anwar Ibrahim bahawa saya ini (syok dekat dia melalui perbualannya dengan Datuk Seri Megat Junid) pada 2hb. Ogos 1997 di mana beliau mengatakan saya Ummi Hafilda cuba menimbulkan angkara kerana cinta saya tidak berbalas untuk tempoh dua tahun.

Beliau seolah-olah melatah akan kesalahannya sendiri. Bagi saya beliau terlalu bahaya apabila cuba menjerat saya dengan mengatakan surat-surat cinta saya ada di dalam simpanannya.

Sekali lagi saya berasa amat tertekan dengan perbuatan khianatnya kerana demi Allah saya tidak pernah mempunyai perasaan cinta keatasnya apatah lagi untuk menghantar surat cinta.

Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan dan pembohongan yang tidak dapat diterima oleh akal semata-mata untuk memberikan gambaran bahawa saya adalah wanita murahan yang menagih cinta dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

Kejahatannya itu tidak dapat saya maafkan dunia dan akhirat, apatah lagi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara.

YAB, saya khuatir sekiranya surat cinta yang tidak pernah wujud boleh direka, beliau mungkin berupaya menangkap saya dengan kedudukan dan kuasa yang ada di atas alasan-alasan lain terutamanya dari segi tuduhan palsu dan sebagainya.


BAB ANWAR MENALIPON AZIZAN

Anwar ada menalipon Azizan pada 13hb. Julai 1997 setelah tersebarnya surat layang di mana beliau meminta Azizan memberi kerjasama untuk menafikan segala tuduhan sekiranya Azmin ingin bersemuka dengan beliau.


HARAPAN DAN BAHAN BUKTI

1. YAB, saya sempat mengambil gambar kereta Daimler WBV 37 ketika menuruni bukit Kondo Trivoli Villa.

2. Azizan, si pemandu sedia memberikan diari peribadinya yang mencatatkan setiap kali pertemuan mereka berdua bagi tujuan perbandingan rekod.

3. Kami menaruh segala harapan ke atas YAB untuk mengadakan siasatan terperinci ke atas 'balaci' utamanya iaitu Dato' Nala yang sering menjadi pemandu Daimler WBV 37 bagi setiap kali pertemuan mereka.

4. Memohon tindakan siasatan ke atas Shamsidar Taharin (perempuan simpanan Anwar Ibrahim). Buat makluman YAB, nombor talipon tangannya (Shamsidar) ialah 019-3133287 dengan menggunakan nama Cheong Moew Yen dan talipon rumahnya 03-4052020.

5. Memohon jasabaik tindakan siasatan ke atas adik angkatnya yang juga pasangan homoseksualnya yang kini mengidap penyakit misteri. Beliau mendakwa sakit bila duduk dan berjalan dalam pertemuan saya dengannya baru-baru ini iaitu pada 2hb. Ogos 1997.

6. Memohon perlindungan keselamatan dari YAB kerana saya khuatir nyawa saya terancam memandangkan sejak akhir-akhir ini perjalanan saya diekori oleh orang yang tak dikenali.

7. Saya juga memohon jasa baik YAB untuk merahsiakan laporan ini demi keselamatan kami sekeluarga. Hanya Allah dan YAB, dapat membantu kami menyelesaikan segala kemelut masalah yang terlalu kusut ini.

8. Bersama ini juga disertakan butir-butir pemilik kenderaan bernombor WBV 37 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.


PANDANGAN PERIBADI

YAB, bagi saya Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri tidak layak menyandang jawatan yang begitu penting dalam negara memandangkan sekiranya kuasa dan kedudukan terus dikekalkan kemungkinan besar pelbagai perkara yang lebih hina dan menakutkan mungkin berlaku.

Jadi, sebelum wabak penyakit pemimpin yang menipu rakyat jelata dengan bertopengkan isu agama kononnya Islam yang Addin dan Nahi Mungkar haruslah ditamatkan dengan segera demi keselamatan dan maruah negara.

Beliau bolehlah diibaratkan musuh dalam selimut yang paling merbahaya melalui perilakunya mengatakan kononnya Azmin itu seperti adik sendiri dan dalam masa yang sama beliau tergamak mengadakan hubungan sulit dengan isteri Azmin.

Beliau memang seorang pelakon handalan, pelakon terhebat dekad era 90-an. Lakonannya mengkagumkan, memukau setiap mata yang menontonnya, strateginya kemas, perjalanannya licin tetapi beliau lupa bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Akhirnya doa-doa kami insan-insan teraniaya dimakbulkan Allah. Kami bersyukur kepada Ilahi yang telah memberikan jawapan kepada setiap doa kami dan inilah hasilnya laporan dikemukakan untuk tindakan susulan oleh YAB.

Segala pertolongan, pertimbangan dan kerjasama serta kasih-sayang YAB sebagai seorang Bapa Kepimpinan sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.


DAILOG-DAILOG YANG MENIMBULKAN SYAK WASANGKA

Dialog 1

Dalam satu perbualan Shamsidar dengan pembantu rumahnya.

Shamsidar: Kesian Afifa, orang jumpa papa (Anwar) hari-hari tapi Fifa jumpa papa sebulan sekali

Aton: Kalau dah tahu jumpa papa sebulan sekali, kahwinlah dengan papa

Shamsidar: Itulah yang susah ni, papa sana tua, abah sini (Azmin) muda, pening kepala


Dailog II

Apabila membuat panggilan talipon Anwar akan sering berkata seperti ini melalui pembantu rumah.

Anwar: Ton, Datin Seri ada (Shamsidar)


Dialog III

Percakapan yang sering terjadi antara anak perempuan Azmin yang sulung, Liyana (7 tahun) dengan anak keduanya Shazrin (5 tahun).

Shazrin: Mak Long, jangan cubit Fifa. Mummy kata dia anak Menteri. Anak uncle Anwar.

Norlia (Kakak Azmin): Ayen, mummy ada boyfriend tak?

Shazrin: Ada

Norlia: Siapa boyfriend mummy

Shazrin: Uncle Anwar

Norlia: Kenapa Ayen tak cakap abah, mummy ada boyfriend Uncle Anwar

Sahzrin: Mummy kata nanti abah lepuk (pukul)

Norlia: Nana, siapa boyfriend mummy?

Liyana: Uncle Anwar

Norlia: Mana Nana tahu

Liyana: Alah Mak Long ni, mummykan cakap pelan-pelan, lama-lama dengan Uncle Anwar, mestilah boyfriend dia


Perbuatan Shamsidar telah menimbulkan satu budaya negatif, di mana mengajar anak-anaknya yang tidak mengerti apa-apa melalui proses pembesaran yang bercanggah dengan nilai budaya dan agama.


Dailog IV

Melalui perbualan Shamsidar dan Ummi.

Shamsidar: Cantik tak handbag I?

Ummi: Bolehlah

Shamsidar: You nak tahu siapa bagi

Ummi: Siapa dia?

Shamsidar: Boyfriend I

Ummi: Siapa boyfriend you?

Shamsidar: Hai...Anwar Ibrahimlah


Ini adalah antara sebahagian dailog yang tidak sedap didengar dan telah menimbulkan syak wasangka kepada kami seleruh keluarga sehingga membawa kepada penyiasatan kes.

Surat Umi Hafilda Kepada Perdana Menteri

5hb Ogos 1997

Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur

PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda Bt. Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai salahlaku Timbalan Perdana Menteri.

YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd. Azman Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali. Bersama-sama dengan ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai makluman lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagum dan hormati.

Sekian. Terima kasih.

t.t

Ummi Hafilda Bt. Ali

50 Dalil

1 DENDAM KESUMAT

Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.

Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin.


2 PENENTANG

Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.


3 PECAH DAN PERINTAH

Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka.


4 SUMPAH BOHONG

Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, ternyata sumpah bohong yang dilaknati Allah SWT.


5 JAHANAMKAN MAHATHIR

Bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr. Mahathir di depan Haji Sulaiman Palestin (Allahyarham) kerana ditahan ISA sewaktu Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran (Pendidikan).


6 CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Cakap tak serupa bikin merupakan amalan Anwar menjadi pemimpin. Kalau Anwar berucap anti politik wang maka bermakna Anwarlak bapak politik wang sewaktu menjelang pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO tahun 1993.


7 BAPAK RASUAH

Rasuah berlaku paling tinggi sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, jadi orang panggil Anwar Bapa Rasuah.


8 KELUARGA ROSAK

Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

Mokhtar adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan.


9 LARIKAN ANAK DARA
Anwar telah melarikan anak dara orang untuk bernikah di Siam. Anwar tidak mendapat restu daripada Wan Ismail bapa Azizah sehingga Wan Ismail terpaksa mengeluarkan pistolnya untuk mengusir Anwar daripada memasuki rumahnya.

Akhirnya ibu Anwar mengambil inisiatif menikahkan Anwar dan Azizah dirumahnya, di Bukit Mertajam.

Sikap Anwar ini memperlihatkan betapa undang-undang, peraturan tata susila dan budaya Melayu dan Islam boleh diketepikan asal ia boleh memenuhi hawa nafsunya.


10 MAIN BONTOT

Semua orang heboh apabila rahsia Anwar main bontot pemandunya Azizan terbongkar.

Cerita hobi Anwar main bontot ini bukan perkara baru. Ia telah bermula sewaktu ia belajar di MCKK dan Universiti Malaya lagi. Ramai yang mahu ke depan untuk menceritakan kisah silam Anwar ini. Tunggulah.


11 MAIN BINI ORANG

Kisah bagaimana Anwar terlibat skandal seks dengan isteri orang - isteri Setiausaha Sulitnya Mohamad Azmin bin Ali yang bernama Puan Shamsidar Taharin telah dibongkar sendiri oleh aidk kepada Azmin iaitu Ummi Hafilda binti Ali.


12 ANAK HARAM

Hasil dari hubungan seks dengan Shamsidar telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Afifa. Anak ini menjadi kebanggaan Shamsidar kerana ia anak Pembesar Negara.


13 DURJANA & CURANG

Anwar bukana sahaja lelaki curang terhadap isterinya tetapi pengamal homoseksual yang dilaknati Allah SWT.


14 SUKA BERGADUH
Nama Anwar sendiri mentafsirakn Anwar suka bergaduh atau berperang. AN WAR bererti suatu perang dalam bahasa Inggeris, kerana itu hidupnya suka pada krisis, bergaduh, pertelingkahan dan berperang.


15 BERTOPENG AGAMA

Sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dulu, prinsip agama Islam dijadikan asas perjuangannya untuk mencapai matlamat dalam politik.

Setelah menyertai UMNO, semua prinsip dan perjuangan Islam hanya sebagai topeng saja sedangkan perjuangan sebenarnya adalah sebaliknya.

Anwar menjadi munafik bila menjadi imam dan berkhutbah sembahyang Jumaat sedangkan dirinya tidak bersih, akhlak yang bergelumang dengan dosa. Bacaan surah kulya ayuhal ka firun pun dilafazkan salah. Ini komen para ulama sendiri. Anwar juga sering dilihat pakai kain sutera ketika menjadi imam.


16 MUNGKAR

Dari dosa-dosa nyata yang dilakukan oleh Anwar menjadi ia seorang mungkar bererti menderhaka kepada Allah SWT dan beliau tidak diberi restu dan rahmat untuk mentadbirkabn negara.


17 MENGUTUK UMNO

Semasa menjadi pemimpin ABIM dan pelajar Anwar lantang mengecam dan mengutuk habis-habisan UMNO dan para pemimpinnya tetapi tidak lama kemudian beliau menjelir lidahnya ke langit.


18 PEMIMPIN TANPA WAWASAN

Sebenarnya Anwar merupakan pemimpin tanpa wawasan. Wawasannya dilihat cuma mahu menjadi kaya melalui rasuah, rampas kuasa melalui UMNO dan homoseks.


19 SALAH GUNA KUASA

Walaupun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri tetapi dalam banyak hal, Anwar membelakangkan kuasa tersebut dan memaparkan imejnya sendiri.

Contohnya beliau bertindak bersendirian dalam dasar-dasar luar yang telah diasaskan dengan baik oleh Menteri Luar Abdullah Ahmad Badawi. Kerana itu terdapat pertentangan penyampaian Dr. Mahathir dan Pak Lah dengan beliau.

Anwar juga menggunakan Biro Tata Negara (BTN) untuk dijadikan alat politiknya.


20 JADI BONEKA AMERIKA

Ramai orang terperanjat, kerajaan Amerika Syarikat telah menyambut ketibaan Anwar di Amerika sebagai sambutan negarawan nombor satu dengan tembakan meriam 21 das dan hamparan merah. Sedangkan Dr. Mahathir sendiri tidak pernah disambut demikian rupa.

Sambutan yang sama pernah diberi kepada Boris Yelstin, sedangkan Presiden Soviet Union waktu itu masih disandang oleh Gorbachev.

Tidak lama kemudian Soviet Union berpecah dan muncullah Boris Yelstin sebagai Presiden baru Russia.

Tidakkah Amerika Syarikat boleh melakukan demikian ke atas Malaysia? Macam-macam boleh berlaku dan macam-macam anggapan rakyat terhadap Anwar bila ditafsir persahabatan yang luar biasa ini. Adakah Anwar menjadi agen CIA?


21 RIBA

Walaupun Anwar sebagai Menteri Kewangan, Malaysia gagal mempertahankan kedudukan ekonomi negara yang cemerlang sebelum beliau mengambilalih dan kemerosotan serta kegawatan terus menerus berlaku, namun penilaian Amerika Syarikat terhadap Anwar disebaliknya.

Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan IMF - Institusi Kewangan Amerika yang memberi pinjaman kepada negara-negara yang mengalami tekanan inflasi sperti yang dialami oleh Indonesia, Thailand dan Korea Selatan dengan syarat-syarat yang boleh mencekik leher negara-negara berkenaan.

Jadi Anwar bergelumang dengan institusi kafir yang mengamalkan riba - satu-satunya perniagaan yang dilaknat oleh Allah SWT.

Di Malaysia bolehlah diperbankan Islam dan segala urus niaga bank berjalan secara Islam, tetapi Anwar tidak boleh perbankan Islam IMF.


22 PEMBOHONGAN

99% amalan hidup Anwar adalah pembohong.

Anwar pernah kata ABIM adalah diasaskan olehnya sendiri. Katanya ABIM berasal dari namanya Anwar bin Ibrahim. Sedangkan yang menubuhkan ABIM ialah Sanusi Junid dengan Prof. Nawawi Ghazali. Nawawi ialah Presiden pertama manakala Sanusi Naib Presiden.


23 ABIM

Sebelum Anwar meninggalkan ABIM, beliau telah berikrar untuk mengABIMkan UMNO.

Kerana itu kita boleh menyaksikan ramai orang ABIM menyusup dalam UMNO menjadi Ketua, Timbalan, Naib Ketua dan AJK Bahagian dan Cawangan UMNO di merata tanahair.


24 PENYERTAAN PARTI 46

Anwar tidak senang dengan keputusan membawa masuk semua anggota Parti 46 yag diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, kerana itu ia berusaha menghalanginya dari semua peringkat supaya orang 46 tidak mendapat tempat dalam bahagian-bahagian UMNO.

Sebagai pemimpintentulah tidak sihat mempunyai hasad dengki sedangkan anggota 46 mempunyai tekad yang ikhlas membubarkan partinya dan menyertai semula UMNO.


25 JATUHKAN ORANG-ORANG BERJASA KEPADA UMNO

Siapa juga yang dianggap kuat walaupun mereka banyak berjasa kepada UMNO. Anwar akan mencari jalan untuk mengenepikan mereka dan meletakkan orang-orangnya.

Antara yang menjadi mangsanya ialah Ghaffar Baba, Abdullah Ahmad Badawi, Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Mohamad Hj. Taib, Anuar Musa dan Daim Zainuddin sendiri.


26 KURANG AJAR

Ghaffar dan Dr. Mahathir merupakan dua tunggak UMNO yang sama-sama menubuhkan UMNO dalam tahun 1946.

Kalay Ghaffar menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri adalah wajar, setelah berjuang lama dalam UMNO barulah merasa jawatan tersebut.

Tetapi Anwar yang baru masuk UMNO menjulang naik dengan menghumban orang-orang ynag yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negaranya.

Ghaffar rasa terhina oleh sikap kurang ajar Anwar. Sepatutnya ini menjadi satu pengajaran kepada orang-orang UMNO yang mengikuti sejarah perjuangan orang Melayu dan parti UMNO. Sikap hormat menghormati harus menjadi amalan kita semua.


27 SIKAP HIPOKRIT

Jika sekiranya seorang pemimpin mempunyai sikap hipokrat maka ia mendedahkan kesilapan pada dirinya sehingga meletakkan mertabatnya begitu rendah. Sikap ini dipunyai oleh Anwar Ibrahim.


28 RAKUS

Amalan yang dilaknati Allah SWT sebagai pengamal main bontot (homoseksual) meletakkan keperibadian Anwar begitu rendah dan kerektornya menjadi rakus dalam semua hal.


29 LUPA DARATAN

Anwar sejak diangkat jadi Menteri lagi sudah mula melupakan kehidupannya sebagai pejuang Islam. Beliau mengharungi kehidupan yang bercanggah dengan prinsip perjuangannya dulu. Kalau boleh beliau mahu berkuasa secara autokrat.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, beliau pernah diundang merasmikan sebuah Sekolah Kebangsaan di Masjid Tanah, Melaka. Tetapi sedihnya beliau menjawab "apa perlu saya datang".


30 BERCANGGAH DENGAN PERDANA MENTERI

Walaupun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, Anwar sudah berlagak macam Perdana Menteri.

Kenyataan Dr. Mahathir mengenai satu-satu projek atau isu sering dinafikan oleh Anwar atau membuat kenyataan yang bertentangan.


31 ANWAR CONTROL MEDIA

Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 berada di bawah telunjuk Anwar. Berdecak saja Anwar, maka sudah jadi berita utama media-media tersebut.

Walaupun Dr. Mahathir berucap lebih bernas akan ditempatkan barisan kedua atau muka dalam.


32 FITNAH

Menerusi media-media tersebut akan memfitnahkan seseorang pemimpin sehingga mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.

Contohnya mangsa mereka ialah Rahim Tamby Chik, walaupun tidak pernah didakwa atau dihukum di Mahkamah, tetapi Rahim terang-terang dituduh rasuah dan hubungan seks dengan gadis di bawah umur.


33 DAHI PESEK

Kalau kita amati dahi Anwar ternyata pesek. Menurut ahli Fung Shui orang berdahi pesek tidak akan menjadi pemimpin agung atau pemimpin nombor satu.


34 GELOMBANG

Buku gelombang yang ditulis oleh Anwar menggambarkan hidup Anwar sentiasa berada dalam arus gelombang.


35 KEJATUHAN RINGGIT

Sebelum Anwar menjadi Menteri Kewangan, nilai ringgit kita ialah RM2.20 berbanding dengan US$1.00. Tetapi sekarang kedudukan telah berubah RM3.90 berbanding US$1.00.

Akibatnya barangan dapur meningkat sehingga 60%.

Sepatutnya perlantikan Anwar sebagai Pengerusi Pembangunan IMF boleh mempengaruhi kenaikan nilai ringgit tetapi ia semakin turun.


36 KERUGIAN BESAR

Kegawatan ekonomi negara berlarutan sehingga sekarang akibat kerugian dialami oleh Bank Negara dari RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion.

Peranan Bank Negara sepatutnya tidak terlibat dengan perjudian (niaga wang) tetapi memelihara reserve negara.

Bank Negara telah dikelaskan sebagai "big bully" dalam pasaran pertukaran asing sehingga mengalami kerugian yang amat besar.

Akibatnya pelabur-pelabur pertukaran asing dari Eropah dan Amerika Syarikat mendendami peranan Malaysia dan mereka bertindak balas menjadikan matawang Malaysia sebagai sasarannya.

Namun sebagai Menteri Kewangan Anwar hanya berupaya memberitahu rakyat bahawa kita hanya rugi di atas kertas saja.

Inilah standard Menteri Kewangan kita, orang yang tidak pernah menceburi bidang ekonomi diberi tugas kewangan, semakin lingkuplah wang negara.


37 PELAJARAN

Anwar hanya berkelulusan Kesusastraan Melayu Universiti Malaya. Itupun tak lulus tahun pertama.

Beliau tidak ada pengetahuan langsung di bidang perniagaan dan ekonomi yang boleh diharapkan menjaga dan menguruskan kewangan negara.


38 NEPOTISME

Dari keluarga yang tidak mewah, Pak Ibrahim sekarang boleh kahwin satu lagi. Kalau kedua-dua isteri tak bagi, lari saja ke Siam - ikut stail Anwar.

Rani, abang Anwar dulu muflis tapi sekarang bukan main kaya lagi, berkepit ke sana sini dengan Ku Yah.

Wan Ismail mertua Anwar yang dulu nak tembak Anwar kerana larikan anaknya Azizah, sekarang bukan main angguk dengan menantu yang tersayang.

Wan Ismail pun dapat habuan yang besar dengan 30 juta saham bernilai RM90 juta.


39 BERMAHARAJALELA

Bayangkan kalau Anwar jadi Perdana Menteri nanti? Beliau bukan saja bawa Malaysia papa kedana dan keluarganya menjadi kaya raya tetapi kerakusan Anwar bermaharajalela. Habislah bontot anak remaja kena main.

Menteri Belia dan Sukan terpaksa adakan senarai setiap minggu, menyediakan remaja-remaja jambu untuk habuan Anwar.

Habislah Menteri-Menteri sekarang disingkirkan. Siapa yang hulur bontot dialah jadi Menteri.

Syed Hussein Al-Attas (penulis yang bukan professor) tak mungkin terima jawatan dari Anwar kerana beliau bukan homo, bukan pula kaki kebas isteri orang. Syed Hussein juga ada maruahnya sendiri. Lain kalau hulur fulus kebas saja bib! Mereka kebas lagi banyak, tak terkira.


40 KAUM LUT

Menurut berita Buletin Utama bahawa di ibukota sekarang ini terdapat 20,000 orang lelaki yang terlibat dalam skandal homoseksual.

Bilangan tersebut bertambah dari masa kesemasa dan di khuatiri ibukota akan bertukar menjadi kampung Sadum di Palestine di mana hampir seluruh masyarakatnya mengamalkan homo.

Kaum Nabi Lut ini langsung tidak mendengar nasihat Nabi Lut bahawa perbuatan mereka adalah dilaknati Allah SWT.

Akhirnya Allah SWT musnahkan seluruh daerah Sadum dan mematikan hamoir keseluruhan manusia durjana kecuali Nabi Lut dan beberapa kerat pengikut yang beriman.

Kita khuatir jika bilangan pengamal homo ini semakin ramai dan tidak boleh dikawal lagi maka Tuhan akan melaknatkan penghuninya menjadi punah ranah.

Yang peliknya bukan tidak ada kaum wanita cantik di Sadum tetapi lelaki juga yang dicari. Kelebihan pada Anwar pula dia boleh kebas depan belakang, lebih teror dari kaum Lut.


41 TIDAK DISENANGI RAKYAT

Dengan penglibatan skandal dengan isteri orang, homoseksual, rasuah, salah guna kuasa, jadi boneka Amerika Syarikat, menopengkan agama Islam dan berbagai lagi, maka Anwar menjadi pemimpin tidak popular dan akan membawa porak peranda bukan saja kepada ahli UMNO tetapi seluruh rakyat Malaysia.


42 ORANG MELAYU MENJADI MISKIN

Sebelum Anwar menajadi Menteri Kewangan, ramai orang Melayu menikmati kesenangan dan kekayaan. Tetapi bila Anwar ganti Daim Zainuddin, orang Melayu jatuh miskin. Selama lima tahun mereka tunggu dengan sabar agar kemelesatan ekonomi dapat dipulihkan tetapi rezeki yang ditunggu masih tidak tiba.

Lebih lama Anwar jadi Menteri Kewangan, orang Melayu akan menjadi papa. Yang kaya bertambah kaya ialah kaum keluarga Anwar sendiri.


43 MASA DEPAN NEGARA GELAP

Malaysia dikenali di mata dunia kerana populariti Perdana Menterinya Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam waktu yang singkat Malaysia akan berhijrah dari dunia ketiga kepada negara maju.

Konsep Wawasan 2020 menjadikan Malaysia negara dengan rakyat yang makmur dan bersatupadu.

Apakah impian kita ini tercapai andaikata Anwar menjadi Perdana Menteri nanti?

Ramai yang meramalkan nasib masa depan negara akan gelap di bawah Anwar.


44 STRATEGI

Dalam keadaan ekonomi yang merosot, Anwar masih berupaya menyusun strategi politiknya untuk berkuasa dengan agenda bagaimana untuk menumbangkan Dr. Mahathir.

Anwar mahu semua general dan leftenannya bertanding sebagai Ketua, Timbalan, Naib Ketua, AJK, Ketua Pemuda dan Ketua Wanitadalam peringkat bahagian baru-baru ini.

Malangnya strategi Anwar ini menghadapi kebuntuan kerana beberapa peraturan majlis Tertinggi UMNO.

Jadi kebanyakan yang menduduki jawatan-jawatan penting bahagian bukan kalangan mereka yang menyokong Anwar.

Kalau strategi Anwar ini berhasil (sebelum Peraturan MT) maka beliau berhasrat mahu menentang Dr. Mahathir dalam pemilihan 1999. Anwar mahu Dr. Mahathir K.O di tangannya.


45 TABUR WANG

Kerana kemewahan wang yang dimiliki oleh Anwar dan orang-orangnya, maka menyebabkan setiap calonnya dalam pertandingan bahagian pasti menang.

Dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Langkawi tahun 1995, orang-orang Anwar tabur wang macam nak rak, semata-mata mahu hapuskan kemenangan Sanusi Junid.

Pengaruh wang yang amat kuat menyebabkan Sanusi tewas di tangan Abu Bakar Taib Ahli Parlimen Langkawi.

Begitu di Melaka baru-baru ini, akibat politik wang, Rahim Tamby Chik mengalami kekalahan untuk jawatan Ketua Bahagian Kota Melaka.


46 MAKAN MENCANGKUNG MAKAN BERSEPIT

Tatatertib Melayu adalah tatatertib kehidupan Islam. Perjuangan Islamlah menjadi asas perjuangan Anwar sewaktu dalam ABIM.

Tetapi bila jadi Menteri, adat kesopanan yang diamalkan selama ini terus hilang. Anwar dirakamkan makan mencangkung di khalayak ramai dan makan bersepit di depan Perdana Menteri.


47 PENUBUHAN MTEN

Perdana Menteri Dr. Mahathir terlalu berlembut dengan Anwar walaupun Anwar sanggup memijak kepala.

Dr. Mahathir mencari jalan bagaimana untuk mengawal kewangan negara supaya perbelanjaannya dapat di atur tidak diboroskan oleh Anwar.

Kerana itu Dr. Mahathir membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dimana Daim Zainuddin menjadi Pengarah Eksekutifnya.


48 TAMPARAN KEPADA ANWAR

Sepatutnya Anwar harus sedar bahawa penubuhan MTEN adalah satu tamparan kepadanya kerana kredibilitinya dalam menyelenggarakan kewangan negara diragui.

Kalau Anwar mempunyai hemat dan bermoral tinggi, sepatutnya ia meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan.


49 KEHANCURAN

Perpaduan UMNO dan orang Melayu yang selama ini berjalan baik dan stabil akan hancur sekiranya Anwat tetap dipilih sebagai Perdana Menteri.

Ini didasarkan dari fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini.


50 AMANAT

Akhirnya amanat dari Haji Sulaiman Palestin kepada Dr. Mahathir sebelum beliau meninggal dunia.

Anwar banyak berguru kepada Allahyarham yang merupakan bapa saudaranya. Haji Sulaiman yang merupakan tokoh veteran UMNO banyak mengetahui rahsia dan kelemahan Anwar.

Dr. Mahathir dicadangkan oleh beliau supaya memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kalau mahu melihat UMNO selamat.

Wasiat

KHAIRUDDIN ABU HASSAN merupakan saudara sepupu Anwar Ibrahim, manakala Haji Sulaiman Palestin adalah bapa saudara Anwar.

Haji Sulaiman Palestin merupakan tokoh pengasas dan ahli UMNO lama yang keempat, adalah salah seorang tokoh yang turut mengacukan karier politik Anwar serta juga bertanggungjawab memujuk Anwar menyertai UMNO.

Kahiruddin berkata, Haji Sulaiman sebelum meninggal dunia, ada memberi wasiat supaya Dr. Mahathir Mohamad tidak melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Selagi Anwar berada dalam UMNO, selagi itulah UMNO berada dalam porak peranda.

Haji Sulaiman Palestin merupakan tokoh veteran UMNO telah meminta Dr. Mahathir memilih Abdullah Ahmad Badawi ataupun Sanusi Junid sebagai Perdana Menteri jika sekiranya mahu menyelamatkan bangsa Melayu, Parti UMNO dan negara kita.