Tuesday, April 27, 2010

Wasiat

KHAIRUDDIN ABU HASSAN merupakan saudara sepupu Anwar Ibrahim, manakala Haji Sulaiman Palestin adalah bapa saudara Anwar.

Haji Sulaiman Palestin merupakan tokoh pengasas dan ahli UMNO lama yang keempat, adalah salah seorang tokoh yang turut mengacukan karier politik Anwar serta juga bertanggungjawab memujuk Anwar menyertai UMNO.

Kahiruddin berkata, Haji Sulaiman sebelum meninggal dunia, ada memberi wasiat supaya Dr. Mahathir Mohamad tidak melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Selagi Anwar berada dalam UMNO, selagi itulah UMNO berada dalam porak peranda.

Haji Sulaiman Palestin merupakan tokoh veteran UMNO telah meminta Dr. Mahathir memilih Abdullah Ahmad Badawi ataupun Sanusi Junid sebagai Perdana Menteri jika sekiranya mahu menyelamatkan bangsa Melayu, Parti UMNO dan negara kita.

No comments:

Post a Comment