Tuesday, April 27, 2010

ANWAR LANGGAR SUMPAH

Bila Anwar bersumpah bahawa ia tidak akan menentang Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden maka ramai yang menghormati keputusan tersebut demi memelihara perpaduan orang Melayu dan UMNO khasnya.

"Saya menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang beliau", ujar Anwar.

Tetapi selang beberapa hari, Anwar putar balik keputusannya dan mengumumkan untuk menentang Ghaffar. Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

Sejak awal tahun ini beberapa rakan dalam parti telah menanyakan pendirian saya tentang pemilihan parti yang bakal tida dan ada yang mencadangkan agar saya menawarkan khidmat untuk jawatan Timbalan Presiden.

Saya menyatakan terima kasih dengan pernyataan kepercayaan mereka, namun saya menegaskan bahawa saya belum bersedia memikirkan perkara tersebut dan meminta tenaga dan perhatian, ditumpukan sepenuhnya untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.

Meskipun begitu saya terus dihadapkan dengan persoalan pemilihan sehingga ia menjadi perbualan di pelbagai peringkat parti. Untuk meredakan suasana, saya telah membuat pernyataan terbuka tidak berhasrat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan tahun ini.

Namun, maklum balas dari rakan-rakan serta pemimpin pelbagai peringkat menyatakan sikap bahawa sementara mereka tetap menghormati dan menyanjung sumbangan dan pengorbanan YAN Encik Ghaffar Baba tetapi mereka prihatin dan inginkan kesinambungan perjuangan. Pandangan ini dan gesaan mereka yang dinyatakan semakin terbuka di kebelakangan ini memerlukan saya membuat pertimbangan semula.

Saya akur dengan keprihatinan rakan-rakan serta hasrat parti untuk mengangkat martabat umat Melayu dan bangsa Malaysia dengan menjayakan hasrat yang terkandung dalam wawasan 2020.

Saya juga terdorong dengan iltizam untuk membantu Presiden UMNO yang dikasihi Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk meletakkan parti pada landasan yang lebih kukuh dan memperhebatkan pembangunan Bumiputera serta negara keseluruhannya dalam pelbagai bidang.

Saya yakin UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk menangani permasalahan abad ke 21. UMNO adalah sebuah parti yang menggabungkan kekuatan dan pengalaman silam serta keberanian dan kebijaksanaan baru: tegasnya gabungan tua dan muda: memadukan segenap lapisan rakyat bandar dan desa, petani dan nelayan, pendidik dan pekerja, usahawan dan budayawan, cendekiawan dan teknorat, untuk bergerak sebagai satu pasukan.

Menyedari hakikat ini, maka saya dengan penuh keinsafan bersedia menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

No comments:

Post a Comment