Tuesday, April 27, 2010

ANTARA RASUAH DAN MARUAH

Menjelang pemilihan Perhimpunan Agong UMNO tahun 1993 terbentuklah dua kem. Satu kem Anwar dan satu lagi kem Ghaffar Baba.

Anwar ketika itu berkedudukan Naib Presiden telah mencabar Ghaffar untuk jawatan Timbalan Presiden.

Maka Anwar pun menghimpunkan penyokong-penyokongnya termasuk sebahagian besar Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri serta ramai Ketua-Ketua Bahagian.

Oleh kerana majoriti bahagian mencalonkan Anwar maka Ghaffar terpaksa mengundurkan diri dari pertandingan.

Dalam buku Tuntutan Perjuangan Bangsa, Sanusi Junid bercakap antara lain:

Yang sudah menyatakan hasrat untuk bertanding hari ini, hanya Ghaffar Baba.

Untuk mempertahankan jawatannya, tetapi di bawah sudah ada gerakan untuk ada pertandingan.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan antara rasuah dan maruah.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan duit dan nilai.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan antara kepentingan peribadi dengan keppentingan bangsa.

Ada yang kata kita mahu perubahan? Perubahan apa? Perubahan negara atau perubahan kedudukan diri sendiri?

Komen Penulis

Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai Kem Rasuah manakala Kem Maruah ialah Ghaffar Baba.

Yassin Salleh pemenang Pengarah Filem terbaik merupakan penyokong Ghaffar yang berjaya mengumpulkan berpuluh ribu orang di Kuantan menyambut kedatangan Ghaffar dan Sanusi menjelang perhimpunan tersebut.

Yang menariknya, beliau merentangkan banyak poster dan kain rentang dengan perkataan:

Antara Rasuah Dan Maruah

Dalam pertandingan 1993 inilah politik wang bermaharajalela sebelum dikatakan tahun-tahun berikutnya.

Hari ini Anwar mampu bercakap tentang jijiknya rasuah dan politik wang.

No comments:

Post a Comment