Sunday, March 6, 2011

Surat Ummi Halifda kepada Dr. Mahathir Mohamed

5hb Ogos 1997

Yang Amat Berhormat

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur

YAB

PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda Bt. Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai perihal salahlaku Timbalan Perdana Menteri.

YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd Azman Bin Ali, Mohamed Azwan Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali.

Bersama-sama ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai maklumat lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian, pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagumi dan hormati.

Sekian, Terima kasih.

Yang benar,

t.t.

LAPORAN SULIT

PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI

· Merupakan seorang homosexual melalui hubungan sejenisnya dan salah seorang dari mangsa yang berani tampil ke hadapan ialah bekas pemandu kepada beliau iaitu Azizan Bin Abu Bakar yang kini menjadi pemandu Mohamed Azmin Bin Ali.

· Mempunyai hubungan sulit dengan Puan Shamsidar Taharin iaitu isteri kepada Setiausaha Sulitnya sendiri, Mohamed Azmin Bin Ali.

· Membuat fitnah yang mempunyai unsur jahat demi kepentingan politiknya melalui kenyataan tuduhan kepada Ummi Hafilda Bt. Ali (adik kepada Mohamed Azmin Bin Ali) bahawa si gadis tergila-gilakannya melalui surat-surat cinta yang telah dihantar kepada beliau.

· Menganiaya setiausaha sulitnya sendiri melalui skandalnya bersama Puan Shamsidar Taharin tanpa pengetahuan si suami.

· Memberikan satu tamparan hebat yakni penghinaan dan tekanan perasaan dari segi maruah kepada seluruh keluarga Mohamed Azmin Bin Ali.

· Menyalah-gunakan kuasa demi menutup segala pembohongan dan kemungkaran yang telah dilakukan.

· Mempersendakan Islam dengan pembacaan khutbah oleh beliau di sana-sini demi memberikan gambaran imej tokoh "Pak Sheikh" yang memperjuangkan agama.

· Menggugat kredibiliti kepimpinan UMNO yang menjadi tunjang negara melalui perbuatan keji, hina, aib dan rakus beliau tanpa memikirkan implikasinya kepada sahsiah pembangunan ummah dan negara.

SEBAB-SEBAB LAPORAN DIKEMUKAKAN

· Memohon budi-bicara YAB Perdana Menteri untuk menyiasat setiap lapuran yang dikemukakan.

· Memohon perlindungan keselamatan bagi pihak penulis dan keluarga.

· Menegakkan kebenaran demi kepentingan parti dan negara.

· Mengalami tekanan emosi yang paling kritikal bagi seluruh ahli keluarga sejak kes ini diketahui.

· Memohon YAB menyelamatkan abang kami, iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus berkhidmat dengan orang yang telah menganiayanya iaitu insan munafik yang bernama Anwar Ibrahim.

· Memohon hukuman yang setimpal sekiranya lapuran yang diberikan adalah benar sebagai satu peringatan kepada pemimpin yang lain supaya tidak menyalah-gunakan kuasa dengan kedudukan yang ada.

· Menyekat sama-sekali perbuatan mungkar diluar tabii manusia iaitu hubungan sejenis yang sememangnya dilaknati oleh Allah S.W.T.

LAPORAN LENGKAP PERIHAL SALAHLAKU

YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis demi menyelamatkan abang saya iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus teraniaya maka kami adik-beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik, pertimbangan dan budi-bicara YAB menerima laporan untuk kebaikan semua pihak.

YAB, laporan ini tidak bermotifkan sesuatu samada politik mahupun peribadi tetapi ianya lebih kepada perjuangan menegakkan kebenaran.

YAB, kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Puan Shamsidar di mana beliau sering menerima panggilan misteri dari seseorang untuk tempoh yang agak lama sekurang-kurangnya setengah jam hingga kadangkala memakan masa satu setengah jam.

Kekerapan menerima panggilan telefon dalam keadaan yang mencurigakan telah menimbulkan syak wasangka kepada seluruh ahli keluarga termasuk kedua-ibubapa.

BAB PEMBONGKARAN RAHSIA OLEH ‘ATON’

(PEMBANTU RUMAH)

Akhirnya hinggalah pada satu hari, dengan kuasa Allah si-pembantu rumah yang bernama Aton (bekerja hampir lapan tahun dengan Azmin) telah membuka sedikit rahsia mengatakan bahawa Puan Shamsiar mempunyai seorang kekasih di kalangan orang atasan.

Bila ditanya kenapa beliau berkata begitu, Aton dengan rasa sedikit serba-salah tetapi penuh tanggungjawab mengatakan bahawa kekerapan panggilan telefon itu ialah dari kekasihnya.

Apabila ditanya siapakah gerangan si-lelaki, si-pembantu agak keberatan tetapi setelah diminta bekerjasama akhirnya beliau memberitahu saya bahawa waktu-waktu yang selalu dipanggil ialah 6.30 petang, 8.30 malam dan kadangkala lewat 12 tengahmalam ketika si-suami sedang nyenyak tidur.

Beliau meminta saya mengangkat telefon pada waktu-waktu tersebut sekiranya ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.

Akhirnya pada 9hb. Jun 1997, tepat pada waktunya 6.30 petang saya berada di rumah Azmin.

Apabila telefon berbunyi kedengaran suara seorang tokoh pemimpin yang sangat-sangat saya kenali iaitu Anwar Ibrahim dengan nada rasa cinta dan menggoda. Tetapi apabila beliau terperasan bahawa saya bukanlah wanita yang dicarinya maka beliau meletakkan telefon. Kebodohan beliau nampak jelas apabila dia memanggil semula dan inilah perbualan kami.

Anwar: I nak bercakap dengan Shida.

Ummi: Siapa ni? (Agak keras)

Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)

Ummi: Is it Dato’ Seri?

Anwar: Ya, bercakap.

Ummi: Sorry, I didn’t recognise your voice just now. (tujuan saya untuk memerangkap beliau bagi mempastikan beliau adalah pemanggil yang meletakkan telefon sebelum ini. Beliau tidak menafikan)

Anwar: Hah …tulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that’s why I letak phone.

Ummi: Hah … apahal.

Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia.

Ummi: She’s Okay, alhamdullilah sihat.

Anwar: Tak apalah thank you.

Apabila gagang telefon diletakkan, maka berdetak hati saya mengesahkan gerangan si-lelaki tersebut dengan pembantu-rumah. Akhirnya si-pembantu rumah mengaku bahawa itulah gerangan si-lelaki yang sering memanggil setiap hari.

YAB, Buat makluman, Puan Shamsidar sering mengatakan kepada kami bahawa Anwar Ibrahim itu adalah kekasihnya. Tetapi ketika itu, kami menganggap ianya sebagai satu gurauan atau mainan. Namun, kenyataan berbau syak-wasangka timbul seperti mengatakan bahawa Afifa anak bongsunya adalah anak Anwar Ibrahim. Jauh disudut hati kami ingin menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi.

BAB KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN PEMANDU

Sekali lagi dengan kuasa Allah, akhirnya pemandu kereta Shamsidar Taharin iaitu Azizan Abu Bakar telah datang ke pejabat saya pada 19hb. Jun 1997 dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membongkar rahsia majikannya, Shamsidar Bt. Taharin. Perbualan kami mengambil masa dua setengah jam.

Kisah berkisar perbuatan curang Shamsidar kepada Azmin untuk tempoh yang agak lama dengan memberi kami maklumat lengkap ‘modus operandi’ perbuatan keji mereka yakni Anwar-Shamsidar di kondominium mewah, Tivoli Villa Bangsar.


BAB MODUS OPERANDI ANWAR-SHAMSIDAR- DATO’ NALA

Pada kebiasaannya, si-pemandu Azizan akan menurunkan Shamsidar pada setiap kali pertemuan di CafĂ© Guana di Bangsar Shopping Complex dan kereta mewah Daimler WBV 37 yang dikatakan kepunyaan Dato’ Nala (Eksekutif Director Magnum Corporation) akan datang bersama beliau untuk menjemputnya di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya mereka akan menuju ke kondominium mewah di Trivoli Villa untuk tempoh dua-tiga jam. Waktunya ialah 5.30 petang dan pada kebiasaannya ialah pada hari Rabu.

Alasan yang sering diberikan oleh Anwar kepada polis pengiring bahawa beliau ingin bermain tennis dengan Nala di Bukit Kiara. Polis pengiring dilarang turut serta.

Begitulah kejadian keji yang berlaku sekian lama untuk tempoh beberapa tahun tanpa pengetahuan Azmin.
Selalunya perbuatan mereka adalah dua-minggu atau sebulan sekali.


BAB BUKTI REKOD PERTEMUAN

YAB, se-pemandu Azizan ada merekodkan setiap pertemuan mereka di dalam diari peribadinya dan sudi menyerahkan secara peribadi kepada YAB bagi tujuan siasatan lebih-lebih lagi untuk perbandingan dengan rekod SB yang mencatatkan setiap kali urusan keluar-masuk Anwar dari kediaman rasmi.


BAB AZIZAN JADI MANGSA HOMOSEKS ANWAR

YAB, Azizan merupakan bekas pemandu peribadi kepada isteri Anwar, iaitu Datin Seri Azizah untuk tempoh 4 tahun.


Bagi beliau dia tidak mempunyai sebarang motif untuk menjatuhkan Anwar tetapi lebih kepada perasaan peribadi kasihan dan sedih kepada majikannya Mohamed Azmin Ali yang baginya terlalu baik dan percaya kepada isteri dan ketua.

Beliau telah menceritakan kepada saya bahawa tindakan beliau berhenti kerja dengan insan munafik bernama Anwar ialah kerana terasa tertekan, terlalu marah dan hina melalui pengakuan bersumpahnya yang dilampirkan.


Menurut Azizan, salah seorang lagi mangsa hubungan sejenisnya ialah Sukma yang dikenali umum sebagai adik-angkat Anwar iaitu rakyat Indonesia yang mempunyai butik bernama ‘Ferre’ di Hotel Hilton. Kini Sukma sedang sakit misteri.

YAB, setelah mendapat maklumat terperinci dari pemandu yang bersih, cekap dan amanah maka kami adik–beradik telah membuat keputusan untuk menyaksikan kejadian tersebut sebagai bukti.


BAB KEJADIAN 30 JUN 1997 JAM 5.35 PETANG (ISNIN)

Saya menerima panggilan telefon pada pukul 5 petang dari Azizan bahawa satu pertemuan antara mereka yakni Anwar-Shamsidar di Bangsar Shopping Complex.

Ketika itu saya berada di Setapak dan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan pengaduan Azizan adalah benar dan sahih maka saya berkejar ke tempat kejadian iaitu di Bangsar Shopping Complex.

Dalam perjalanan, saya sempat menelefon abang sulung, Mohd Azman Ali untuk turut serta.
Bersama saya ialah rakan karib saya Puan Zamrah Lajis. Saya juga sempat menelefon seorang lagi rakan bernama Puan Normala untuk meminjam pelekat kereta Kondominium Trivoli Villa bagi tujuan masuk ke dalam Kondominium.

Dengan izin Allah, kami tiba tepat pada masanya di mana kereta Daimler WBV 37 sedang menanti. Mereka tidak perasan kehadiran kami.

Akhirnya Allah telah menunjukkan di depan mata kami Puan Shamsidar menaiki kereta tersebut menyusur ke Kondo Tivoli Villa Bangsar. Kami mengekorinya dari belakang tanpa pengetahuan mereka.

Lima saksi pada kejadian tersebut ialah Ummi Hafilda Ali, Mohd Azman Ali, Puan Zamrah Lajis, Puan Normala dan Azizan Abu Bakar.

Mereka keluar dari Kondo Tivoli pada pukul 7.40 malam dan kereta Daimler menghantar semula Shamsidar ke Bangsar Shopping Complex di mana Azizan menanti di tempat yang sama.


Kami tidak keberatan memberikan laporan terperinci sekiranya diberikan peluang untuk bertemu secara peribadi dengan YAB yang cukup kami sanjungi.

Saya hampir-hampir gila bila mengenangkan seorang tokoh pemimpin yang begitu saya sanjungi lebih-lebih lagi ketokohan beliau di bidang agama sangup melakukan perbuatan yang amat keji dan hina sebagai pemimpin negara.

Mujurlah abang saya Mohd Azman menenangkan keadaan di mana beliau mengatakan terlalu bahaya untuk kami mengambil tindakan apatah lagi ketika itu bapa kepimpinan yang amat kami sanjungi iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir tiada di dalam negara.

Seluruh keluarga terperanjat, sedih tertekan, terhina oleh perbuatan keji insan munafik Anwar Ibrahim. Tetapi apakan daya, kami tiada kuasa kecuali meminta pandangan dari rakan-rakan yang saya percaya seperti Puan Sri Saadah dan Puan Norziela Jalil yang akhirnya memberikan saya satu semangat bagi membongkar pembohongan dan kemungkaran terbesar di mukabumi ini.

YAB, kami tidak melapurkan kepada Mohamed Azmin kerana percaya bahawa kasih-sayang dan kesetiaannya terhadap isteri dan ketua tidak berbelah bagi. Kami juga khuatir beliau mungkin mengambil tindakan diluar jangkaan sekiranya berasa amat tertekan.


BAB UGUTAN POLIS

YAB, pada 10hb. Julai 1997, saya bercakap di telefon dengan ADC Anwar iaitu Zul Aznam pada pukul 8.15 malam dengan memberi amaran secara halus supaya kisah ini ditutup dan tidak diceritakan kepada sesiapa sahaja termasuk kedua ibu-bapa.

Beliau juga memberikan amaran kedudukan Anwar yang amat penting dalam negara. Saya menangis di telefon mengenangkan bahaya yang mungkin datang dan rasa tertekan yang amat sangat apabila abang saya yang terlalu baik dianiaya oleh ketua dan isterinya sendiri. Tolonglah kami YAB.

Selepas kejadian pengintipan pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada saya untuk menutup segala kemungkarannya. Diantaranya ialah saya telah dituduh membuat fitnah melalui surat layang yang sampai kepada isterinya Datin Seri Azizah dan kakaknya Hajah Khadijah.

Saya juga telah dituduh oleh insan munafik Anwar Ibrahim bahawa saya ini (syok dekat dia melalui perbualannya dengan Datuk Seri Megat Junid) pada 2hb. Ogos 1997 di mana beliau mengatakan saya Ummi Hafilda cuba menimbulkan angkara kerana cinta saya tidak berbalas untuk tempoh dua tahun.

Beliau seolah-olah melatah akan kesalahannya sendiri. Bagi saya beliau terlalu bahaya apabila cuba menjerat saya dengan mengatakan surat-surat cinta saya ada di dalam simpanannya.

Sekali lagi saya berasa amat tertekan dengan perbuatan khianatnya kerana demi Allah saya tidak pernah mempunyai perasaan cinta ke atasnya apatah lagi untuk menghantar surat cinta.


Bagi saya ini ialah satu pengkhianatan dan pembohongan yang tidak dapat diterima oleh akal semata-mata untuk memberikan gambaran bahawa saya adalah wanita murahan yang menagih cinta dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

Kejahatannya itu tidak dapat saya maafkan di dunia dan akhirat, apatah lagi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara.

YAB, saya khuatir sekiranya surat cinta yang tidak pernah wujud boleh direka, beliau mungkin berupaya menangkap saya dengan kedudukan dan kuasa yang ada di atas alasan-alasan lain terutamanya dari segi tuduhan palsu dan sebagainya.
Bantulah saya YAB.


BAB ANWAR MENELEFON AZIZAN

Anwar ada menelefon Azizan pada 13hb. Julai 1997 setelah tersebarnya surat layang di mana beliau meminta Azizan memberi kerjasama untuk menafikan segala tuduhan sekiranya Azmin ingin bersemuka dengan beliau.


HARAPAN DAN BAHAN BUKTI

YAB, saya sempat mengambil gambar kereta Daimler WBV 37 ketika menuruni bukit di Kondo Trivoli Bangsar.

Azizan, si-pemandu sedia memberikan diari peribadinya yang mencatatkan setiap kali pertemuan mereka berdua bagi tujuan perbandingan rekod.

Kami menaruh segala harapan ke atas YAB untuk mengadakan siasatan terperinci ke atas ‘balaci’ utamanya iatu Dato’ Nala yang sering menjadi pemandu Daimler WBV 37 bagi setiap kali pertemuan mereka.

Memohon tindakan siasatan ke atas Shamsidar Taharin (perempuan simpanan Anwar Ibrahim). Buat makluman YAB, nombor telefon tangannya (Shamsidar) ialah 019-3133287 dengan menggunakan nama Cheong Moew Yen dan telefon rumahnya 03-4052020.

Memohon jasa-baik tindakan siasatan ke atas Sukma adik angkatnya yang juga pasangan homoseksualnya yang kini mengidap penyakit misteri. Beliau mendakwa sakit bila duduk dan berjalan dalam pertemuan saya dengannya baru-baru ini iaitu pada 2hb. Ogos 1997.

Memohon perlindungan keselamatan dari YAB kerana saya khuatir nyawa saya terancam memandangkan sejak akhir-akhir ini perjalanan saya diekori oleh orang yang tidak dikenali.

Saya juga memohon jasa baik YAB untuk merahsiakan laporan ini demi keselamatan kami sekeluarga. Hanya Allah dan YAB dapat membantu kami menyelesaikan segala kemelut masalah yang terlalu kusut ini.

Bersama ini juga disertakan butir-butir pemilik kenderaan bernombor WBV 37 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.


PANDANGAN PERIBADI

YAB, bagi saya Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri tidak layak menyandang jawatan yang begitu penting dalam negara memandangkan sekiranya kuasa dan kedudukan terus dikekalkan kemungkinan besar pelbagai perkara yang lebih hina dan menakutkan mungkin berlaku.

Jadi sebelum wabak penyakit pemimpin yang menipu rakyat jelata dengan bertopengkan isu agama kononnya Islam yang Addin dan Nahi Mungkar haruslah ditamatkan dengan segera demi keselamatan dan maruah bangsa.

Beliau bolehlah diibaratkan musuh dalam selimut yang paling merbahaya melalui perilakunya mengatakan kononnya Azmin itu seperti adik sendiri dan dalam masa yang sama beliau tergamak mengadakan hubungan sulit dengan isteri Azmin.

Beliau memang seorang pelakon handalan, pelakon terhebat dekad era 90-an. Lakonannya mengkagumkan, memukau setiap mata yang menontonnya, strateginya kemas, perjalanannya licin tetapi beliau lupa bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Akhirnya doa-doa kami insan-insan teraniaya dimakbulkan oleh Allah. Kami bersyukur kepada Ilahi yang telah memberikan jawapan kepada setiap dari kami dan inilah hasilnya laporan dikemukakan untuk tindakan susulan oleh YAB.

Segala pertolongan, pertimbangan dan kerjasama serta kasih-sayang YAB sebagai seorang Bapa Kepimpinan sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.


DIALOG-DIALOG YANG MENIMBULKAN SYAK-WASANGKA
Dialog 1

Dalam satu perbualan Shamsidar dengan pembantu rumahnya.
Shamsidar: Kesian Afifa, orang jumpa papa (Anwar) hari-hari tapi Fifa jumpa bapa sebulan sekali.
Aton: Kalau dah tahu jumpa papa sebulan sekali, kahwinlah dengan papa.
Shamsidar: Itulah yang susah ni, papa sana tua, abah sini (Azmin) muda, pening kepala.

Dialog II
Apabila membuat panggilan telefon Anwar akan sering berkata seperti ini melalui pembantu rumah.
Anwar: Ton, Datin Seri ada (Shamsidar).

Dialog III
Percakapan yang sering terjadi antara anak perempuan Azmin yang sulung, Liyana (7 tahun) dengan anak keduanya Shazrin (5 tahun).
Shazrin: Maklong, jangan cubit Fifa. Mummy kata dia anak Menteri. Anak uncle Anwar.
Norlia: Ayen, mummy ada boyfriend tak?
(Kakak Azmin)
Syzrin: Ada.
Norlia: Siapa boyfriend mummy?
Syazrin: Uncle Anwar.
Norlia: Kenapa Ayen tak cakap abah, mummy ada boyfriend Uncle Anwar.
Syazrin: Mummy kata nanti abah lepuk (pukul).
Norlia: Nana, siapa boyfriend mummy?
Liyana: Uncle Anwar.
Norlia: Mana Nana tahun.
Liyana: Alah maklong ni, mummy kan cakap pelan-pelan, lama-lama dengan Uncle Anwar, mestilah boyfriend dia.

Dialog IV
Melalui perbualan Shamsidar dan Ummi.
Shamsidar: Cantik tak handbag I?
Ummi: Bolehlah.
Shamsidar: You nak tahu siapa bagi.
Ummi: Siapa dia?
Shamsidar: Boyfriend I.
Ummi: Siapa boyfriend you?
Shamsidar: Ha! …. Anwar Ibrahim lah.

Ini adalah antara sebahagian dialog yang tidak sedap didengar dan telah menimbulkan syak wasangka kepada kami seluruh keluarga sehingga membawa kepada penyiasatan kes.

..

PENGAKUAN BERSUMPAH AZIZAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya AZIZAN BIN ABU BAKAR, IC 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni (homoseksual) dengan Anwar Bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.

Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’ sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.

Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.

Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus menjadi hamba homoseksual kepada manusia yang saya kategorikan bersifat binatang iaitu Anwar Bin Ibrahim.

Sekali lagi dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu samada secara peribadi mahupun politik untuk menjatuhkannya.

Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan yang teraniaya seperti saya.

Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terpeinci.

Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.

Dengan nama Allah, sekali lagi saya Azizan Bin Abu Bakar bersumpah bahawa segala lapuran di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu. Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara. AMIN.

Pengakuan bersumpah:-


Oleh: t.t.
I/C: 5980324
Alamat: 54, Jalan Bersatu 1
Taman Bersatu, 48000 Rawang
Tarikh: 5hb. Aug, 1997 "

..

Tuesday, April 27, 2010

SURAT TERBUKA KEPADA DR. MAHATHIR

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteria
Jalan Dato' Onn
Kuala Lumpur

(Adalah menjadi kesalahan besar bagi mana-mana kakitagan JPM yang menyembunyikan surat ini daripada Datuk Seri Dr. Mahathir kerana ini adalah maklumat serta amanat penting bagi masa depan negara dan bangsa)

Assalammualaikum

Anwar Ibrahim - Baling Batu Sembunyi Tangan

Pegawai dan kakitangan harus patuh pada pemerintah terutama bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya dewasa ini Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa dimasa ini dan tidak masa yang lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tak sabar atau ini pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak bernama Dato' Sahar Sidik.

Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung cermahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Datok Seri Dr. Mahathir. Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu dengan lain.

Dia telah berkata Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkemampuan.

Lepas itu dia berkata lagi bahawa kegawatan ekonomi hari ini banyak disebabkan perangai dan tingkahlaku orang-orang UMNO yang memaksa kita semua membuat itu dan ini untuk kepentingan mereka.

Macam mana pegawai kanan ini berani benar bercakap begitu rupa di Kementerian Kewangan dan tidak di Kementerian-Kementerian lain. Adakah ini isi hati dia sendiri atau dengan restu pemimpin tertentu yang berkuasa.

Adakah Dr. Mahathir hendak berdiam diri lagi. Terlalu ramai pihak individu yang kita beri pangkat, beri kuasa dan kejayaan. Tapi tikam Dr. Mahathir dan tikam UMNO dari belakang.

Dato' Nazeri Abdullah (Berita Harian), anak kampung dari Kedah, diberi pangkat, kuasa dan kekayaan oleh UMNO, hentam Dr. Mahathir terang-terang. Melenting Dr. Mahathir dalam MKT. Semua ahli MKT setuju Nazeri disingkir.

Bila Nazeri balik dari Afrika Selatan, jumpa Dr. Mahathir terus minta maaf pada Dr. Mahathir, menangis depan Dr. Mahathir, Dr. Mahahir terus maafkan Nazeri.

Dr. Mahathir harus sedar, mereka ini pandai berlakon, macam boss mereka juga...tangisan itu adalah tangisan seakan buaya yang sedang bertapa.

Macam mana pula dengan tindakan biadap Dato' Sahar Sidik ini, tindakan biadap Dato' Johan Jaafar, Dato' Fauzi Rahman, Dato' Othman Abdul, Dato' Dr. Affifuddin Omar dan Azmin Ali serta kedua-dua Setiausaha Politik Anwar yang sungguh lantang mengutuk Dr. Mahathir.

Lihat sahaja isi kandungan majalah 'Tamadun' semuanya mengutuk Dr. Mahathir dan memuji Anwar. Nasib baik Dato' Megat sudah tidak ada lagi di KDN... kalau tidak sudah lama majalah ini digantung.

Berapa lama Dr. Mahathir nak biarkan tingklaku mereka ini. Bila datang minta maaf, dimaafkan sahaja. Mereka ini bukan sahaja barah kepada Dr. Mahathir tapi juga barah dan tokak kepada semua yang sayang pada Dr. Mahathir dan UMNO keseluruannya.

Anwar Ibrahim dan UMNO

Anwar adalah manusia yang bercita-cita besar. Cita-citanya nak jadi pemimpin besar negara. Sejarah perjuangannya terbukti, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya tercapai.

Anwar masuk UMNO bukan kerana cinta dan sayang kepada UMNO. Dia masuk UMNO kerana dia yakin UMNO sahaja boleh membawa dia untuk mencapai cita-citanya. Kalau PAS boleh menjamin untuk dia capai cita-citanya, dia akan masuk PAS. Hatta kalau Parti Komunis boleh bawa dia mencapai cita-citanya, dia akan masuk Parti Komunis.

Anwar Ibrahim - Falsafah Rasuah Dan Kepentingan Diri

Baru-baru ini Anwar menasihatkan UMNO supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini.

Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, cuma Setiausaha Sulit Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik sahaja. Lihatlah Nasaruddin, Sharit Jusoh, Othman Abdul, Salamon semua kaya. Kalau Azmin berhenti, jutawanlah dia.

Pak Ibrahim, bapa Anwar sekarang ini ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor 101. Bekas Pengerusi Inovest, Anwar bagi pula Pak Ibrahim 'Exclusive Exporter' ubat-ubat dari Malaysia ke Iraq yang bernilai RM20 juta setahun.

Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.

Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia Dato' Duta Yap. Rani kini sering berada di Golf Course, bergeser dengan ahli-ahli korporat Cina. Usung Tengku Yah (janda Mohamad Taib) senyap-senyap. Bukan orang tak nampak, Rani berpegang tangan dengan Tengku Yah, turun dari kapal terbang di Lapangan Terbang di Singapura.

Marzuki, adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Inovest, kepunyaan Dato' Wong (Tengku Wong Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, Inovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM300 satu saham. Tidak berapa lama, saham ini dijual dengan harga RM600 satu saham. Anak beranak dapat untung lebih kurang RM90 bilion.

Adik perempuan Anwar lain ibu pus sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalen Security, dimana saham bumi akan diberi kepadanya.

Dato' Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia kepada UMNO, pegawai yang dedikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Syarikat SAAG.

Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan.

Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empire perniagaan diri dan anak buahnya. Bagaimana pula Anwar?. Sudah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai disekelilingnya termasuklah Dato' Ishak Ismail, Dato' Sharit Jusoh, Dato' Nazeri Abdullah, Dato' Kamaruddin Jaafar, Dato' Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.

Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak-anak Dr. Mahathir yang menceburkan diri dalam perniagaan. Tidakkah Anwar tahu bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan. Dr. Mahathir tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.

Tidak ada satu pun projek pengswastaan yang begitu banyak diluluskan dapat kepada anak-anak Dr. Mahathir. Lupakah Anwar bahawa Dr. Mahathir juga ramai adik-beradik. Apa ada pada Pak Mahadi. Apa ada pada Pak Mashur. Hingga semua kakak Dr. Mahathir menumpang dengan beliau.

Mereka juga kutuk keluarga Dr. Asmah. Tapi ingat sikit bahawa keluarga Tok Penghulu Pak Ali memang sudah lama terlibat dengan dunia perniagaan. Siapa yang itdak kenal Tun Ismail Ali, Aziz Ali, Jaafar Ali dan Zaleha Ali. Dari zaman Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, mereka sudah terlibat dengan dunia perniagaan.

Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dam sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu, sudah berlebih-lebih. Buat Majlis Hari Raya pun mesti setaraf dengan YAB Perdana Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcos dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana harta rakyat.

Anwar Ibrahim dan Wawasan Dr. Mahathir

Anwar sungguh bijak berlakon. Depan Dr. Mahathir dia bercakap dan berlagak semacam dia tatang dan sanjung Dr. Mahathir. Macam benar-benar dia terhutang budi kepada Dr. Mahathir kerana bawa dia masuk UMNO, beri pangkat, sokong masa lawan Dato' Hj. Suhaimi dan membenarkan dia buat gerakan jatuhkan Pak Ghaffar.

Anwar belum puas hati. Anwar berjiwa besar. Pada masa ini Anwar baling batu sembunyi tangan kerana dia tahu bahawa untuk menjatuhkan Dr. Mahathir satu perkara yang mudah. Dia guna taktik dengan mengujudkan isu-isu, cerita-cerita negatif dan palsu terhadap Dr. Mahathir...walau dalam negeri dan luar negeri dimana dia berharap akan melemahkan semangat Dr. Mahathir. Berharap Dr. Mahathir merajuk. Dr. Mahathir jauh hati dan berputus asa...Akhirnya Dr. Mahathir akan berundur. Guna Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna Majalah Tamaddun, guna Asia Week, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci, maki dan memburuk-burukkan Dr. Mahathir.

Bila Dr. Mahathir lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MTEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura. Depan Dr. Mahathir setuju, belakang dia kutuk. Projek Cyberjaya dan MSC, banyak rungutan, Anwar tidak memberi kerjasama. Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr. Mahathir sudah tidak ada, Anwar ambil alih, Cyberjaya akan terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin Putra Jaya tidak akan menjadi kenyataan.

Bila Dr. Mahathir syorkan dalam MKT agar elakkan pertandingan Ketua Bahagian bulan Mac ini, Anwar tidak setuju. Ini kerana Anwar ada agenda besar yang tersendiri. Ini kerana Anwar mahu mempastikan orang-orangnya jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian bagi menyiapkan diri bagi tahun 1999.

Kita tahu dia arah Fuad Hassan lawan Zaleha Ismail, Dato' Zainal lawan Anuar Musa, Kamaruddin Jaafar lawan Mansur Salleh, Dr. Shafie lawan Dato' Fatah. Jika Timbalan Ketua Bahagian bukan orangnya, dia akan cari calonnya untuk lawan.

Masa Depan UMNO

Saya merayu sangat pada Dr. Mahathir agar termenung sejenak akan nasib UMNO bila Dr. Mahathir sudah tiada dan Anwar mengambil alih. Anwar adalah UMNO celup, bukan UMNO sejati. Anwar jadikan UMNO sebagai kuda tunggangannya ke mercu cita-citanya. Darah daging serta semangatnya tidak sebati dengan UMNO. Bukan macam Abdullah Badawi, Najib, Sanusi, Wan Mokhtar, Abu Hassan atau Shahidan Kassim yang sanggup mati kerana UMNO.

Yang sedih, Anwar dikelilingi oleh mereka-mereka yang bukan lahir sebagai ahli UMNO sejati tapi ahli UMNO celup dari ABIM atau PKPIM atau kawan-kawan lama Anwar yang melihat pelaug untuk keuntungan peribadi.

Bila Anwar berkuasa, orang-orang inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. Orang-orang UMNO jati akan diketepikan dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah. Anwar selama menjadi TPM, lebih banyak menyakiti hati kawan-kawan dari menawan hati mereka. Dia lebih banyak menyinggung perasaan kawan-kawan dan memberi perangsang dan nasikat kepada mereka.

Awnar Ibrahim sejak jadi TPM - bertukar sikap, bertukar perangai. Dia mulai sombong, mulai bongkak. Mula tunjuk belang, tidak sabar-sabar. Pandai berlakon depan Dr. Mahathir tapi dibelakang orang-orang suruhannya mencaci Dr. Mahathir dalam negeri mahupun luar negeri.

Kalau hati perut Siam itu hijau, hati Anwar lagi hijau. Kalau hati perut Yahudi itu busuk sehingga dilaknat oleh Allah SWT, hati perut Anwar lagi busuk.

Saya tulis ini semua bukan dapat untung apa-apa tapi semata-mata kasihan lihat Dr. Mahathir penat lelah bangunkan negara, tingkatkan kehidupan rakyat, bawa negara terkenal didunia, tiba-tiba akan dihancur, dilebur, ditanam oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kasihan rakyat, kasihan pejuang-pejuang UMNO yang sudah tidak ada 'telor' menahan kemaraan nafsu besar Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir jangan ingat Anwar akan menyambung Wawasan Dr. Mahathir. Menghancurkannya adalah Wawasan Anwar.

ANWAR BAWA TREN MENENTANG KETUA

Sikap menentang ketua telah membawa kesan yang buruk dalam sejarah perjuangan UMNO sehingga diharamkan.

Bila UMNO (baru) dibentuk, sikap melawan Ketua berterusan bila Anwar menentang Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden.

Kemudian kita dengar suara Anwar yang kini Timbalan Presiden menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO jangan menentang ketua. Ini boleh memecah belah perpaduan parti kerana wujud kem masing-masing.

Nada Anwar itu tidak lebih dan tidak kurang macam ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Sikpa Anwar itu boleh diibaratkan 'mabuk politik lebih parah daripada todi' sebagaimana Komentar A. Nazri Abdullah, Ketua Pengarang Berita Harian/Berita Minggu dalam keluaran 8 Februari.

Nazri menulis pertandingan dalam Bahagian UMNO membawa porak peranda. Malangnya pemimpin diperingkat bahagian mabuk politik dan jawatan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, sehingga sanggup mengorbankan perpaduan parti.

Akhbar yang dipimpin Nazri menasihatkan Anwar jangan menentang ketua tetapi akhbar inilah yang mati-matian menyokong Anwar menumbangkan Ghaffar dulu. Kerana set yang dibuat oleh Anwar, maka turun kepada Zahid dan Siti Zaharah yang masing-masing menentang ketua untuk merebut jawatan.

Tidakkah Anwar, Zahid dan Zaharah tergolong sebagai orang yang mabuk todi? Dan tidakkah mereka yang harus dinasihatkan oleh Nazri supaya menukar mereka yang mabuk politik mejadi ahli parti yang siuman.

Berapa ramai mangsa diskriminasi media yang di bawah telunjuk Anwar ini menjadi korban? Semua orang tahu motif Anwar mewujudkan kem-kem sendiri daro peringkat bahagian, negeri dan nasional. Ini memudahkan Anwar, bila tiba masa akan menentang ketua untuk merebut jawatan Presiden.

Sebagai contonhya beliau bersumpah dengan berkata "saya menganggap Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak tidak sekali-kali merelakan diri saya menentangnya, semata-mata untuk merebut jawatan Timbalan Presiden".

Kemudian apa yang sudah berlaku? Di mana Anwar mahu sorokkan sumpahnya? Ghaffar bukan sahaja dilanyak sehingga memusnahkan karier politiknya, tapi Anwar telah menghina seluruh anggota UMNO kerana Ghaffar merupakan satu-satunya pengasas UMNO sedangkan Anwar baru menjadi ahli UMNO dalam tahun 80an.

Sekarang Anwar berusaha mengumpulkan orang-orangnya, sama ada berbentuk mafia atau politiking atasan mengatur strategi untuk menentang Dr. Mahathir pula, bagi merebut jawatan Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri.

Ini akan dilakukan oleh Anwar dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1999. Sepatutnya Anwar melawan Dr. Mahathir pada tahun 1996 lagi selepas berjaya membentuk kem wawasan menentang Ghaffar pada tahun 1993.

Tetapi beliau terpaksa akur keputusan Perhimpunan UMNO yang menetapkan tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Dalam ucapan dasarnya, Dr. Mahathir berterus-terang bahawa beliau sudah menduduki kerusi Perdana Menteri selama 15 tahun, tetapi kalau Anwar kalah dia tidak akan mencium kerusi PM buat selama-lamanya.

Anwar sentiasa berpendapat bahawa strateginya boleh mendatangkan hasil apabila Zahid Hamidi dan Siti Zaharah memenangi kerusi Pemuda dan Wanita, tetapi harapannya kian meleset apabila Dr. Mahathir tidak melantik mereka sebagai Menteri Kabinet.

Dr. Mahathir lebih memahami senario politik di Malaysia. Bagaimana seorang tokoh itu berpengaruh sekalipun tanpa dokongan kuasa maka kedudukan mereka tidak akan terjamin.

Anwar kelihatan kuat bukanlah kerana kekuatan pengaruhnya tetapi kuasan yang diberi oleh Perdana Menteri sendiri.

Lihat sekarang kedudukan Anwar begitu rapuh sebagai Menteri Kewangan bila Dr. Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi dengan Daim selaku Pengarah Eksekutifnya. Segala fungsi kewangan negara adalah ditentukan oleh Daim bukan Anwar lagi.

Perangai yang buruk kepada Anwar yang sukar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara ialah menggunakan isu skandal seks untuk memerangkap musuh yang ditakutinya.

Contohnya Ghaffar Baba dan Rahim Thamby Chik menjadi mangsa yang diada-adakan dengan menggunakan media di bawah telunjuknya sebagai mencanangkan propaganda sehingga orang yang tidak berdosa, orang yang tidak pernah melakukan perbuatan tersebut dikutuk, dikecam habis-habisan.

Rakyat bukan bodoh, mereka akhirnya mengetahui taktik ala mafia ini bagi menjatuhkan seseorang pemimpin.

Sekarang ini orang takut untuk berdamping dengan Anwar kerana akan dicap sebagai barua dan tali barut mafia.

Bila skandal seks dengan isteri orang yang melibatkan Anwar terbongkar, ramai yang terkejut. Tetapi apabila skandal homoseks dengan pemandu Anwar terbongkar, mereka mula percaya bahawa Anwar sudah menerima pembalasan dari Allah.

Ahli veteran UMNO, Allayarham Hi. Sulaiman Palestine yang merupakan guru kepada Anwar tidak menaruh harapan bahawa Anwar boleh menjadi Perdana Menteri kerana sikap yang memijak kepala kawan untuk naik.

Hj. Sulaiman dua minggu sebelum meninggal dunia ada memberi pandangan bahawa Abdullah Badawi (dan Sanusi Junid - Webmaster) merupakan tokoh yang harus menjadi Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir.

Abdullah Badawi (dan Sanusi) mempunyai perwatakan pemimpin yang tinggi dengan sikap yang penuh sabar dalam menghadapi satu-satu situasi dan tidak memijak kepala kawan untuk naik.

Sebagai rakyat, kita mahu ciri-ciri pemimpin seperti Abdullah Badawi (dan Sanusi) yang boleh menjadikan negara makmur hidup aman damai dan tidak rasuah.

oleh Khalid Jafri (di petik dari Akhbar Tempo keluaran 5hb. Mei 1998).

ZAHID PEMIMPIN BEBAL

Ahamd Zahid Hamidi disifatkan oleh Utusan sebagai pemimpin bebal bererti bodoh dan tumpul otak. Majalah Massa pula kategorikan Zahid bukanlah seorang pemimpin politik dengan matlamat menghalalkan cara - bermakna Zahid berpotensi jadi pemimpin korup.

Dimata rakyat pula, Zahid yang banyak bercakap dari bekerja. Mula dia kutuk Singapura, kemudian senyap-senyap dia minta maaf.

Dia selalu kutuk Abu Hassan Omar kemudian dia kata ada dalang nak jatuhkan Menteri Besar itu dan berjanji nak beri nama dalang tersebut tapi sampai sekarang tiada dalang yang ada, cuma jembalang yang sudah rasuk Zahid.

Dia mengumumkan keputusan Pemuda UMNO bahawa jawatan ketua dan naib ketua tidak akan dipertandingkan pada tahun 1999. Tapi bila Utusan Malaysia kata Zahid dah bebal bererti bodoh, dia cepat-cepat menukar keputusan Pemuda bahawa jawatan ketua dan naibnya harus ditandingkan.

Yang mana satu nak ikut? nasib Zahid tidak dilantik menjadi Menteri, kalau tidak dasar kementeriannya akan sentiasa berubah dalam masa 24 jam.

ORANG KDN ANTI MAHATHIR

Pegawai nombor dua di bahagian unit Penerbitan KDN, Mohd Asroh Bin Mat Som mendabik-dabik dada bahawa beliau adalah kelulusan politikal sains yang sering mencabar pengarang dan penulis yang menghentam Anwar.

Beliau sentiasa mahu Dr. Mahathir dikritik, bukan Anwar. Kerana itu penerbitan yang mendapat amaran seperti Harakah dan majalah Tamadun telah bertukar haluan menghentam Dr. Mahathir secara bersiri.

Satu hari, penulis ada temejanji dengan boss PP, Tengku Mahmood Ismail, tiba-tiba ASROH muncul dan mempertikaikan pasal artikel akhbar Tempo yang menghentam Anwar.

Saya menjawab: Kan lebih baik Anwar saman saja penerbit atau penulis supaya pendedahan di Mahkamah adalah lebih luas dan dapat coverage media asing?

Yang peliknya, Tengku Mahmood macam menyerahkan tanggungjawab bulat-bulat kepada ASROH menyebabkan segala permohonan terus atau melalui Timbalan Menteri KDN, Ong Ka Ting atau Tajol Rosli dibakul-sampahkan saja oleh ASROH, terutama permohonan dari orang yang pro Dr. Mahathir. Ada permohonan sampai setahun tidak dijawab. Alih-alih bila ditanya, ASROH jawab tidak ada fail dalam komputer.

Ada setengah penerbit pula berlambak dapat permit KDN. Cakaplah kalau mahu saham kita boleh beri, tapi jangan main sorong tarik.

Yang rakyat tahu Dr. Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri, tapi Anwar masih boleh berkuasa.

Barangkali ASROH dah serah bontot kepada Anwar. Selera ke Anwar?

(Mana tak selera, memang dah kaki bontot, mesti kebas punya :) Webmaster).

ANWAR LANGGAR SUMPAH

Bila Anwar bersumpah bahawa ia tidak akan menentang Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden maka ramai yang menghormati keputusan tersebut demi memelihara perpaduan orang Melayu dan UMNO khasnya.

"Saya menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang beliau", ujar Anwar.

Tetapi selang beberapa hari, Anwar putar balik keputusannya dan mengumumkan untuk menentang Ghaffar. Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

Sejak awal tahun ini beberapa rakan dalam parti telah menanyakan pendirian saya tentang pemilihan parti yang bakal tida dan ada yang mencadangkan agar saya menawarkan khidmat untuk jawatan Timbalan Presiden.

Saya menyatakan terima kasih dengan pernyataan kepercayaan mereka, namun saya menegaskan bahawa saya belum bersedia memikirkan perkara tersebut dan meminta tenaga dan perhatian, ditumpukan sepenuhnya untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.

Meskipun begitu saya terus dihadapkan dengan persoalan pemilihan sehingga ia menjadi perbualan di pelbagai peringkat parti. Untuk meredakan suasana, saya telah membuat pernyataan terbuka tidak berhasrat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan tahun ini.

Namun, maklum balas dari rakan-rakan serta pemimpin pelbagai peringkat menyatakan sikap bahawa sementara mereka tetap menghormati dan menyanjung sumbangan dan pengorbanan YAN Encik Ghaffar Baba tetapi mereka prihatin dan inginkan kesinambungan perjuangan. Pandangan ini dan gesaan mereka yang dinyatakan semakin terbuka di kebelakangan ini memerlukan saya membuat pertimbangan semula.

Saya akur dengan keprihatinan rakan-rakan serta hasrat parti untuk mengangkat martabat umat Melayu dan bangsa Malaysia dengan menjayakan hasrat yang terkandung dalam wawasan 2020.

Saya juga terdorong dengan iltizam untuk membantu Presiden UMNO yang dikasihi Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk meletakkan parti pada landasan yang lebih kukuh dan memperhebatkan pembangunan Bumiputera serta negara keseluruhannya dalam pelbagai bidang.

Saya yakin UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk menangani permasalahan abad ke 21. UMNO adalah sebuah parti yang menggabungkan kekuatan dan pengalaman silam serta keberanian dan kebijaksanaan baru: tegasnya gabungan tua dan muda: memadukan segenap lapisan rakyat bandar dan desa, petani dan nelayan, pendidik dan pekerja, usahawan dan budayawan, cendekiawan dan teknorat, untuk bergerak sebagai satu pasukan.

Menyedari hakikat ini, maka saya dengan penuh keinsafan bersedia menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

ANTARA RASUAH DAN MARUAH

Menjelang pemilihan Perhimpunan Agong UMNO tahun 1993 terbentuklah dua kem. Satu kem Anwar dan satu lagi kem Ghaffar Baba.

Anwar ketika itu berkedudukan Naib Presiden telah mencabar Ghaffar untuk jawatan Timbalan Presiden.

Maka Anwar pun menghimpunkan penyokong-penyokongnya termasuk sebahagian besar Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri serta ramai Ketua-Ketua Bahagian.

Oleh kerana majoriti bahagian mencalonkan Anwar maka Ghaffar terpaksa mengundurkan diri dari pertandingan.

Dalam buku Tuntutan Perjuangan Bangsa, Sanusi Junid bercakap antara lain:

Yang sudah menyatakan hasrat untuk bertanding hari ini, hanya Ghaffar Baba.

Untuk mempertahankan jawatannya, tetapi di bawah sudah ada gerakan untuk ada pertandingan.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan antara rasuah dan maruah.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan duit dan nilai.

Pertandingan kali ini adalah pertandingan antara kepentingan peribadi dengan keppentingan bangsa.

Ada yang kata kita mahu perubahan? Perubahan apa? Perubahan negara atau perubahan kedudukan diri sendiri?

Komen Penulis

Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai Kem Rasuah manakala Kem Maruah ialah Ghaffar Baba.

Yassin Salleh pemenang Pengarah Filem terbaik merupakan penyokong Ghaffar yang berjaya mengumpulkan berpuluh ribu orang di Kuantan menyambut kedatangan Ghaffar dan Sanusi menjelang perhimpunan tersebut.

Yang menariknya, beliau merentangkan banyak poster dan kain rentang dengan perkataan:

Antara Rasuah Dan Maruah

Dalam pertandingan 1993 inilah politik wang bermaharajalela sebelum dikatakan tahun-tahun berikutnya.

Hari ini Anwar mampu bercakap tentang jijiknya rasuah dan politik wang.